Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
714 penyeludupan barang kawalan babit RM6.6j dibanteras pada 2021
Published on: Sunday, January 16, 2022
Published on: Sun, Jan 16, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
714 penyeludupan barang kawalan babit RM6.6j dibanteras pada 2021
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi - Gambar oleh mindarakyat.net
TAWAU: Sebanyak 714 kes penyeludupan barang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dibanteras tahun lepas melibatkan nilai rampasan RM6.6 juta, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata dalam tempoh sama, kementeriannya menerima 250 kes serahan agensi lain membabitkan rampasan bernilai RM5.2 juta bagi akta sama termasuk 13 kes penyeludupan tong gas memasak, minyak masak, tepung gandum, minyak petrol dan gula (kesemuanya bernilai RM134,423) di Pulau Sebatik.

Advertisement
“Isu penyeludupan barang kawalan di sempadan antarabangsa Malaysia membabitkan Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura menjadi perhatian utama kementerian untuk ditangani,” katanya selepas lawatan kerja ke Pulau Sebatik, Sabtu.

Beliau berkata penyeludupan berlaku antaranya disebabkan ketiadaan pusat kawalan di pintu masuk Malaysia-Indonesia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain itu, harga barang Malaysia yang jauh lebih murah berbanding negara jiran dan permintaan tinggi dari negara jiran serta pertalian kekeluargaan antara penduduk di sempadan turut menyukarkan kawalan,” katanya. Berikutan itu, Alexander berkata penguatkuasaan membanteras ketirisan barang kawalan di sempadan perlu dipertingkat dan diperkasa kerana negara serta rakyat mengalami kerugian besar akibat kegiatan pihak tidak bertanggungjawab.
Advertisement
Katanya kerjasama dengan agensi lain termasuk Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) juga perlu diperkukuh antaranya dengan memperbanyak operasi bersepadu selain melaksanakan pengauditan di setiap rantaian pengedaran barang kawalan.

Beliau berkata masyarakat turut berperanan membantu kerajaan menangani kes penyeludupan barang kawalan di sempadan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.
Advertisement
“Sepanjang tahun lepas, KPDNHEP menerima 416 aduan berkaitan penyeludupan barang kawalan, ini membantu penguat kuasa mengesan dan mengambil tindakan,” katanya. Alexander berkata KPDNHEP menyediakan pelbagai saluran aduan yang boleh dihubungi antaranya talian WhatsApp 019-2794 317, Pusat Panggilan 1-800-886-800; e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here