Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Sabah harap ramai pelancong China tiba sebaik sempadan negara dibuka
Published on: Sunday, January 16, 2022
Published on: Sun, Jan 16, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah harap ramai pelancong China tiba sebaik sempadan negara dibuka
HAJIJI berbincang dengan Liang semasa kunjungan itu.
Kota Kinabalu: Sabah berharap ramai pelancong dari China akan datang melawat negeri ini apabila pintu sempadan negara dibuka semula kepada pelawat antarabangsa.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata sektor pelancongan Sabah banyak bergantung kepada pelancong asing terutama dari China bagi membantu
Advertisement
merancakkan semula aktiviti berkenaan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“Dengan pembukaan sempadan negara kepada pelawat antarabangsa dalam tempoh terdekat ini, kita berharap ramai pelancong dari China akan melawat Sabah.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini akan dapat membantu memulihkan sektor pelancongan tempatan, sekali gus meningkatkan ekonomi negeri,” katanya di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu Liang Caide ke kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya di sini, Jumaat lepas.

Advertisement
Dalam kunjungan itu, Liang memberikan taklimat kepada Hajiji mengenai perkembangan terkini di China serta usaha-usaha yang dilakukan oleh pejabatnya dalam membantu mempromosi Sabah sebagai destinasi pelancongan, pelaburan dan perdagangan.

Hajiji berkata Sabah amat mengalu-alukan pelaburan asing terutama dari China untuk bersama-sama membangunkan pelbagai sektor utama di negeri itu seperti pembinaan, pelancongan, pertanian dan industri berteknologi tinggi baharu.

Advertisement
“Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah akan terus bekerjasama erat dengan Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu dan Kedutaan China bagi menarik lebih ramai pelabur dari negara itu ke Sabah, yang akan membantu merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi negeri.

“Hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin antara Sabah dan China akan terus diperkukuhkan lagi kerana ia memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here