Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Tipu RM660K: Pengarah syarikat kena 15 tahun, sembilan sebatan
Published on: Tuesday, January 18, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Tipu RM660K: Pengarah syarikat kena 15 tahun, sembilan sebatan
SHAH (tengah) diiring ke trak oleh pegawai penyiasat, Inspektor Mohammad Riduan Sani (kanan).
Kota Kinabalu: Seorang pengarah syarikat dari Johor pada Isnin dipenjara sejumlah 15 tahun dan dikenakan sembilan sebatan atas tujuh pertuduhan menipu enam kontraktor di sini sebanyak RM660,000 bagi beberapa cadangan projek.

Mohammad Shah Soep, 41, mengaku bersalah kepada semua tuduhan terhadapnya.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan dan satu sebatan masing-masing bagi enam tuduhan pertama.

Shah mengaku menipu Azhmi Salim sebanyak RM20,000, Tan Kai Ngin sebanyak RM285,000, Zainal Razak sebanyak RM100,000 dan RM15,000, Dinsia Marikan sebanyak RM100,000 dan Yong Boon Kee sebanyak RM120,000 di lokasi berasingan di sini antara 25 Februari 2020 dan 4 November tahun sama. Bagi tuduhan ketujuh, Shah dipenjara tiga tahun dan didenda RM3,000 atau penjara enam bulan serta tiga sebatan oleh Penolong Kanan Pendaftar Abdurrahman Abrar Jarni, yang duduk sebagai majistret, bagi tuduhan menipu  Agang Insi sebanyak RM20,000 pada 25 Februari 2020 di sebuah hotel di sini.

Setiap tuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara setahun dan 10 tahun, serta sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintah supaya Shah menjalani kesemua hukuman penjaranya secara berturut-turut.

Terdahulu, mahkamah mendengar daripada pendakwaan bahawa Shah menipu mangsa-mangsanya dengan menawarkan mereka projek untuk menggantikan lampu jalan di sekitar negeri ini serta kerja-kerja pembersihan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip), dengan pulangan berjuta ringgit.

Dalam menawarkan projek-projek itu, Shah meminta mangsa membayar mangsa membayar sejumlah wang untuk mendapatkan surat award projek berkenaan, kata pendakwaan.

Shah ditangkap oleh polis selepas laporan dibuat oleh mangsa-mangsa yang sedar mereka ditipu selepas mereka tidak dapat menghubungi Shah selepas menunggu berbulan-bulan, mahkamah diberitahu.

Shah, yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan dan memohon supaya hukuman penjaranya berjalan serentak, serta memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Pendakwaan meminta hukuman berbentuk pencegahan.

Inspektor Albert Basiri dan Navind Kumar Vijayan menjalankan pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here