Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Peniaga wanita miliki produk tidak berdaftar didenda RM1,500
Published on: Tuesday, January 18, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Peniaga wanita miliki produk tidak berdaftar didenda RM1,500
Kota Kinabalu: Seorang wanita berumur 49 tahun didenda RM1,500 kerana memiliki produk tidak berdaftar.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu kepada Sharipah Jauharia Sarip Asadi, yang mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya pada Isnin.

Sharipah didapati memiliki sembilan jenis produk tidak berdaftar pada pukul 12.10 tengah hari 11 September 2019 di premis Alief Trading di Pekan Goshen dan jam 12.25 tengah hari 24 Mac 2021 di premis Ariah Beauty Care di Pasaraya Bataras, Jalan Tuaran Kolombong, Inanam.

Produknya termasuk Catuaba, Kunyit Hitam, Surut Ayu, Freshcare Strong, Freshcare Greentea, Freshcare Lavender, Freshcare Sports, Freshcare Splash Fruity dan Freshcare Sandalwood.

Kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa rayuan, Sharipah yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan dengan mengatakan ia merupakan kesalahan pertamanya dan kini disebabkan pandemik, perniagaannya terjejas.

Pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana Sharipah telah melakukan kesalahan yang boleh membahayakan kesihatan awam kerana produk-produk itu tidak didaftar dengan Kementerian Kesihatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here