Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
K’jaan Sabah meterai MoU RM4.3b
Published on: Wednesday, January 19, 2022
Published on: Wed, Jan 19, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
K’jaan Sabah meterai MoU RM4.3b
Hajiji (ketiga dari kiri) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong (tiga, kanan) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara Yayasan Sabah diwakili Ghulamhaidar (dua, kiri) dengan Pavilion Kota Kinabalu Sdn Bhd (PKKSB) diwakili oleh Pengarah Urusannya, Jameson (dua, kanan), pada Selasa. – fotoBERNAMA
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah pada Selasa menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pelabur bagi pelaksanaan tiga projek bernilai kira-kira RM4.3 bilion.

Pemeteraian dokumen itu disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dengan MoU pertama antara Yayasan Sabah dengan Pavilion Kota Kinabalu Sdn Bhd bagi projek bandar raya dikenali sebagai Pavilion Harbour City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan sebanyak RM2 bilion.

Advertisement
Pembangunan di kawasan daratan seluas 30 ekar (12 hektar) bersebelahan Sabah International Convention Centre (SICC) dan dijangka siap dalam tempoh 10 tahun itu merangkumi pembinaan kediaman, restoran tepi laut, pasar nelayan, penginapan hotel mewah, lokasi peranginan serta aktiviti rekreasi.

Pada majlis itu Yayasan Sabah diwakili oleh Pengarahnya Datuk Seri Gulamhaidar Khan Bahadar manakala Pavilion Kota Kinabalu Sdn Bhd diwakili oleh Pengarahnya Jameson Pias.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
MoU kedua pula dimeterai oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah dan sebuah syarikat pelaburan China, SBH Kibing Solar New materials (M) Sdn Bhd (SBH Kibing) bagi melaksanakan projek pemprosesan pasir silika dan pengeluaran panel solar yang menelan perbelanjaan RM2 bilion dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024.

Dokumen tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Tetap kementerian Thomas Logijin manakala SBH Kibing diwakili oleh Presidennya Lin Hai.

Advertisement
MoU ketiga membabitkan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah yang diwakili oleh Setiausaha Tetapnya Datuk Mariana Tinggal dan Borneomed Sdn Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya  Ahmad Fauzi bagi projek Ladang Herba Bersepadu Sabah dengan pelaburan bernilai RM350 juta.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis tersebut, Hajiji menyifatkan pemeteraian MoU itu sebagai petanda baik bagi melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi Sabah.

Advertisement
“Projek berkenaan akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan saya difahamkan bahawa satu projek berkenaan mampu mewujudkan 2,000 hingga 3,000 peluang pekerjaan.

“Ini membolehkan rakyat Sabah tidak perlu mencari kerja di tempat lain dengan ramai di antara mereka mencari kerja di Semenanjung khususnya di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Baharu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here