Sabah rekod lima kes baharu Omicron
Published on: Wednesday, January 19, 2022
By: Zam Yusa
Kota Kinabalu: Sabah merekodkan lima kes baharu Omicron Covid-19 termasuk dua jangkitan tempatan pertama di negeri ini pada Selasa, menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.Labuan mendaftarkan empat pesakit baharu Omicron.ADVERTISEMENT
Kenyataan itu menunjukkan kes Omicron di Sabah kini berjumlah enam – empat kes import dan dua kes tempatan.
Sebelum ini, Sabah hanya merekodkan satu kes Omicon – kes import – yang berada dalam kluster Covid-19 Sandakan bernama Millenium Saudi dan dikaitkan dengan jemaah umrah dan kontak rapat mereka.
Harian Ekspres telah menghubungi pihak berkuasa kesihatan Sabah untuk lokasi kes baharu Omicron itu.
Sementara itu, Labuan kini merekodkan lima kes Omicron – satu import dan empat kes tempatan.ADVERTISEMENT
Kes baharu itu adalah sebahagian daripada 186 kes Omicon terbaharu yang dikesan antara 14 dan 18 Januari di seluruh negara.
Tiada kes varian kebimbangan (VOC) lain seperti Delta, Beta dan Alpha serta kes varian baharu yang mempunyai kepentingan (VOI) dikesan dalam tempoh itu di seluruh negara.
ADVERTISEMENT
Kini terdapat 439 kes Omicron secara keseluruhan di seluruh negara – 385 import dan 54 tempatan.
Sementara itu, daerah Ranau merekodkan satu kluster baru ‘institusi pendidikan’ pada Selasa iaitu Kluster Puri Ranau.
Kenyataan jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, malam tadi menyebut kes indeks kluster itu adalah seorang pelajar perempuan SMK Ranau berumur 19 tahun yang dikesan positif setelah menjalani ujian kendiri kerana bergejala.
“Ujian pengesahan Covid-19 telah dijalankan di mana kes didapati positif.
“Saringan terhadap rakan sekelas dan sebilik kes telah dijalankan dan enam orang lagi didapati positif.
“Kesemua pelajar perempuan tersebut berada dalam Kategori 1 dan 2 sahaja dan telah diasing serta diberi rawatan yang sesuai,” katanya.
Masidi juga berkata jumlah kes harian pada Selasa kembali melepasi angka 200 dengan 201 kes baharu, pertambahan sebanyak 38 kes berbanding Isnin lalu.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.