Kota Kinabalu: Seorang gadis berumur 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki peralatan judi haram.Clarice Wilfred mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas tuduhan memiliki dua keping slip 4D haram pukul 5.55 petang pada 10 Mac, 2021 di tangga bersebelahan sebuah kedai di Kepayan Ridge.





