Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Wanita maut jatuh bangunan
Published on: Saturday, January 22, 2022
Published on: Sat, Jan 22, 2022
By: Jimmy Goh, Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
Wanita maut jatuh bangunan
MANGSA ditemui di atas jalan raya oleh orang awam.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 50 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan - kira-kira 35 minit selepas dia meletakkan keretanya di bangunan Lintas dekat sini pada Jumaat.

Wanita itu yang ditemui berpakaian seragam adalah setiausaha di salah sebuah sekolah di Penampang selama lebih sepuluh tahun. Dia meninggalkan suami dan dua anak perempuan.

Advertisement
Rakan-rakan sekerja mangsa memberitahu Harian Ekspres,  wanita itu selalunya tiba di sekolah pada pukul 7.30 pagi setiap hari, namun pada hari kejadian, mereka menyedari mangsa lewat sampai.

Mereka turut mendakwa, sebelum kejadian, wanita itu pernah menyatakan niatnya untuk membunuh diri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Polis Bandaraya ACP Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata aduan diterima melalui panggilan di Balai Polis Luyang daripada orang awam.

“Orang awam yang melalui kawasan belakang bangunan itu mendakwa seorang wanita dilihat terlentang dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan letak kereta itu.

Advertisement
“Siasatan awal mendapati mangsa bekerja di sebuah tadika berdasarkan pakaian yang dipakai dan Pegawai Perubatan di tempat kejadian mengesahkan kematiannya. Unit Kementerian Kesihatan mengambil mayat wanita itu untuk tindakan lanjut.

Advertisement
“Siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati wanita yang memandu Perodua Bezza itu memasuki kawasan parkir pada jam 7.10 pagi,” katanya.

Menurut Mohd Zaidi, Pegawai Penyiasat (IO) yang memeriksa wanita itu mendapati terdapat beberapa kecederaan pada badan dipercayai akibat impak jatuh dari tingkat empat.

Beliau berkata tiada senjata ditemui di lokasi yang boleh dikaitkan dengan kematian wanita itu dan kes itu diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here