Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rebat 2.5 peratus untuk pelanggan SESB
Published on: Saturday, January 22, 2022
Published on: Sat, Jan 22, 2022
Text Size:
Text:
Rebat 2.5 peratus untuk pelanggan SESB
Kota Kinabalu: Pelanggan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan menerima faedah tahunan sebanyak 2.5 peratus (juga dikenali sebagai rebat) daripada jumlah deposit elektrik yang dibayar.Faedah ini, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, akan dikreditkan ke dalam bil elektrik pelanggan bermula pada Januari ini.
Advertisement
Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, pemulangan rebat berjumlah RM8.7 juta itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun bil elektrik pengguna pada Januari dan Februari ini.
Pemulangan semula rebat tersebut membabitkan sejumlah 609,869 pengguna di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Wang cagaran elektrik ini dikenakan sebagai sekuriti terhadap kerosakan atau untuk menjelaskan hutang tertunggak apabila pengguna menamatkan kontrak bekalan di mana ia selaras dengan peraturan 5(5) Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990. Ia dikira bersamaan dua bulan penggunaan bil elektrik berdasarkan purata bagi enam bulan terakhir dan akan disemak setiap enam bulan.
Advertisement
Beliau turut menjelaskan, penambahan wang cagaran hanya akan dikenakan sekiranya terdapat peningkatan penggunaan elektrik secara purata bagi tempoh enam bulan berbanding wang cagaran sedia ada. Bagaimanapun, jika purata penggunaan kurang daripada wang cagaran, maka ia boleh dipulangkan kepada pengguna atas permintaan pengguna melalui rebat kepada bil elektrik mereka, katanya.
Advertisement
Pengguna boleh menghubungi talian SESB Careline 15454 atau 088-515000 sekiranya memerlukan penjelasan, atau muat turun aplikasi mySESB melalui telefon bimbit untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan SESB. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here