Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kenapa hubungan rapat dengan kerajaan pusat penting: Ongkili
Published on: Sunday, January 23, 2022
Published on: Sun, Jan 23, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kenapa hubungan rapat dengan kerajaan pusat penting: Ongkili
MAXIMUS menyampaikan bantuan tunai kepada seorang mangsa banjir baru-baru ini di Kota Marudu.
KOTA MARUDU: Pengagihan bantuan kewangan serta bantuan lain kepada mangsa banjir di Sabah dapat dilaksanakan dengan pantas disebabkan hubungan rapat antara kerajaan Negeri dan Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata sehubungan itu adalah penting untuk mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan suara kesusahan rakyat sentiasa didengari.

Advertisement
“Dalam pengurusan banjir dan bencana, kerajaan Persekutuan memiliki kuasa tertinggi dari segi penyaluran bantuan kewangan dan perkhidmatan menerusi pelbagai agensi.

“Di sini, bantuan tunai RM1,000 kepada setiap isi rumah diagihkan dalam tempoh sekitar tiga minggu,” katanya dalam kenyataan selepas menghadiri program penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Komuniti Kota Marudu di sini, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sejumlah 1,161 isi rumah terkesan dengan kejadian banjir di Kota Marudu baru-baru ini, dan 332 daripadanya telah menerima bantuan kewangan berkenaan sebelum ini manakala selebihnya menerima bantuan tersebut pada Jumaat.

Ongkili berkata kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM1.4 bilion bagi meringankan beban mangsa banjir di enam negeri termasuk Sabah, dengan setiap isi rumah menerima RM10,000 hingga RM61,000, bergantung kepada keseriusan kerugian yang dialami.

Advertisement
Selain daripada bantuan tunai ihsan, kerajaan juga menawarkan bantuan lain seperti baucar tunai RM500 untuk pembelian peralatan elektrik; diskaun 50 peratus untuk alat ganti kenderaan Proton dan Perodua, manakala syarikat lain menawarkan perkhidmatan tunda kereta secara percuma dan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus untuk alat ganti dan bayaran pembaikan di pusat servis berdaftar; baucar RM1,000 untuk pembaikan atau pembelian bagi menggantikan kenderaan persendirian yang mengalami kerosakan keseluruhan; bantuan tunai sehingga RM5,000 untuk membaiki rumah, dan bagi setiap mangsa yang rumahnya musnah sama sekali, kerajaan akan membantu menampung kos sehingga RM56,000 untuk membina rumah baharu.

Beliau berkata dalam kes Selangor iaitu negeri pembangkang, kekurangan pengalaman mereka dalam menguruskan bencana seperti banjir dan ketiadaan hubungan kerja yang erat dengan Kerajaan Persekutuan menambahkan lagi salah urus bencana banjir di situ.

Advertisement
“Biarpun Kerajaan Negeri kukuh dari segi kewangan, tetapi tanpa pengalaman dalam menguruskan bencana, anda masih perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan persekutuan untuk memastikan keperluan rakyat dilindungi.

“Sebab itu pentingnya hubungan rapat antara kerajaan negeri dan persekutuan. Dan di Sabah, kita bertuah kerana kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah dapat berkomunikasi dengan baik dengan kerajaan persekutuan, di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pejabat Daerah di sini menganggarkan kerugian kira-kira RM46 juta dialami di sini akibat banjir baru-baru ini, dan kerajaan telah memperuntukkan RM24 juta untuk kerja-kerja pembaikan. “Bakinya masih dalam proses dan akan diluluskan sebaik disahkan semula oleh agensi berkaitan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here