Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


JKR digesa selenggara jalan Tuaran-Ranau
Published on: Monday, January 24, 2022
Text Size:

JKR digesa selenggara jalan Tuaran-Ranau
JALAN berlubang-lubang antara Tuaran-Ranau.
Kota Kinabalu: Parti Keadilan Rakyat Sabah menggesa Kementerian Kerja Raya (JKR) Persekutuan dan Negeri memberi perhatian kepada penyelenggaraan jalan raya antara Tuaran dan Ranau.

“Semasa lawatan kami ke Kundasang dan Ranau pada Sabtu lepas mendapati keadaan jalan raya semakin teruk dan ada kawasan-kawasan kritikal dan bahaya perlu penyelenggaraan segera sebelum perkara yang tidak diingini berlaku,” kata Timbalan Ketua Penerangan PKR Sabah Thonny Chee dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

“Kami tidak mahu masalah jalan raya ini akan menjejaskan usaha Kerajaan Negeri dalam merealisasikan Teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menumpukan fokus utama termasuk sektor pelancongan dengan disokong oleh Jaringan Infrastruktur Asas seperti jalanraya yang diselenggara dengan baik. “Kami menggesa Kerajaan Pusat menambah peruntukan penyelenggaraan jalan raya Persekutuan di negeri ini dengan memberi tumpuan kepada laluan-laluan utama terutamanya yang perlu perhatian segera.

“Selain itu, kami juga ingin mengingatkan Kerajaan Negeri khususnya Kementerian Kerja Raya bahawa status jalan raya negeri ini yang sepanjang 22370.95km hanya kira-kira 48 peratus sahaja yang berturap. Jalan luar bandar sepanjang 2673.11km masih lagi 34 peratus jalan kelikir dan 11 peratus jalan tanah. “Kami percaya isu jalan raya negeri ini perlu ditangani sebaik mungkin dalam merealisasikan Halatuju SMJ yang telah mengenalpasti pemetaan tumpuan Jaringan Infrastruktur berdasarkan Nod dan Hotspot yang bakal menjadi pemacu kawasan ekonomi negeri ini.

“Kami juga meminta Ahli Parlimen Ranau dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menyuarakan isu penyelenggaraan jalan raya ke Ranau ini pada sidang Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Mesyuarat Kabinet untuk tindakan segera,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here