Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Tindakan tegas terhadap sesiapa langgar SOP Covid-19
Published on: Tuesday, January 25, 2022
Published on: Tue, Jan 25, 2022
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Tindakan tegas terhadap sesiapa langgar SOP Covid-19
RANAU: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar SOP Covid-19 bagi memastikan masyarakat di daerah ini terus dilindungi daripada pandemik itu.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin (gambar) berkata, setiap hari kes positif Covid-19 menunjukkan peningkatan membabitkan beberapa kluster dan juga pelajar dijangkiti.

Advertisement
Dengan itu, katanya, polis akan terus memperhebatkan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi memastikan kesihatan rakyat terjamin dan tidak mengganggu rutin harian mereka.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya melanggar SOP yang telah ditetapkan. Saya yakin masyarakat benar-benar memahami semua peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian semasa Lawatan Rasmi Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin ke Ibu Pejabat Polis Ranau pada Isnin.

Sementara itu, Simiun turut menasihati masyarakat yang bakal menyambut Tahun Baharu Cina supaya terus mematuhi SOP sepenuhnya bagi memastikan tiada jangkitan Covid-19 berlaku sepanjang perayaan itu.

Advertisement
Tambahnya, walaupun beberapa kelonggaran telah diberikan, semua pihak perlu bertanggungjawab dan tidak leka walaupun dalam suasana seronok bersama keluarga.

Selain itu, beliau turut menekankan pematuhan keselamatan jalan raya, khususnya memberi amaran kepada pemandu supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Advertisement
Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah yang melanggar peraturan jalan raya, khususnya mereka yang memandu dalam keadaan mabuk, di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Pindaan 2020 sementara memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Semua pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu terutama pada musim perayaan ini. Elakkan kecuaian agar dapat mengelak kemalangan,” tegasnya.

Tambahnya, pihaknya juga mengalu-alukan kerjasama semua pihak untuk menyalurkan sebarang maklumat salah laku jenayah yang berlaku di daerah ini, termasuk pelanggaran SOP, agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here