Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Tiga lelaki minta bicara tuduhan edar dadah
Published on: Tuesday, January 25, 2022
Published on: Tue, Jan 25, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Tiga lelaki minta bicara tuduhan edar dadah
Kota Kinabalu: Tiga lelaki masing-masing meminta dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini, Isnin,  atas tuduhan mengedar dadah.

Mohd Sahril Saharuddin, 28, Mohd Aliff Aiman Mohd Nordin, 31, dan Adzmel Mohammad, 36, yang dibawa secara berasingan ke hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Amelati Parnell, mengaku tidak bersalah kepada tuduhan terhadap mereka.

Advertisement
Sahril dituduh mengedar 477 gram kanabis pada pukul 8.40 pagi 21 Julai 2021 di hadapan pejabat Nationwide Express Courier Services Sdn Bhd, Blok C, HS Commercial Centre di Penampang.

Aliff didakwa mengedar 232.45 gram kanabis pada pukul 3.10 petang 7 Julai 2021 di sebuah rumah di Taman Austral, Jalan Kepayan Ridge, Kepayan di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara Adzmel didakwa mengedar 70.94 gram syabu pada pukul 4.50 petang Oktober 2019, di tempat letak kereta, Blok V, University Utama Condominium Telipok, Manggatal.

Setiap tuduhan didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 23 Mac, 21 Mac dan 3 Mac masing-masing untuk pengurusan kes Sahril, Aliff dan Adzmel.

Mereka juga diperintah reman lanjut kerana tuduhan terhadap mereka tidak mempunyai peruntukan ikat jamin.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran menjalankan pendakwaan sementara Aliff dan Adzmel masing-masing diwakili oleh peguam Chen Wen Jye dan PJ Perira.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here