Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Amang seksual: Bekas guru gagal ringankan hukuman
Published on: Wednesday, January 26, 2022
Published on: Wed, Jan 26, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Amang seksual: Bekas guru gagal ringankan hukuman
Kota Kinabalu: Seorang bekas guru, yang dipenjara 15 tahun dan dikenakan dua sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang budak lelaki berumur 12 tahun, lima tahun lalu, gagal dalam rayuan terhadap hukumannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Hj Arshad pada Selasa menolak rayuan lelaki itu dan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen.

Advertisement
Perayu berumur 48 tahun itu, yang tidak diwakili, meminta hukumannya dikurangkan.

Perayu pada 25 Februari 2021 dipenjara 13 tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah pada 10 Februari tahun sama kerana melakukan kesalahan itu dengan melakukan seks oral terhadap kanak-kanak itu pada pukul 6 petang 28 Mei 2017 di kuarters sebuah sekolah di Sipitang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang dibaca dengan Seksyen 16(1) Akta sama kerana tertuduh mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu.

Lelaki itu juga dipenjara dua tahun lagi dan dikenakan dua sebatan untuk kesalahan Seksyen 16(1).

Advertisement
Dia diperintah supaya menjalani hukuman penjaranya secara berturut-turut dari tarikh tangkap pada 9 Februari 2021 dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas itu.

Seksyen 14(a) Akta membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan, sementara Seksyen 16(1) Akta sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sekurang-kurangnya dua sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali, memberitahu mahkamah bahawa mangsa mengadu dia sukar kencing kerana kemaluannya membengkak selepas perayu melakukan seks oral terhadapnya.

Mahkamah diberitahu bahawa perayu memaksa mangsa mengambil syabu sehingga dia tidak sedarkan diri sebelum dia (perayu) melakukan perbuatan itu terhadapnya.

DPP Siti Amirah juga memberitahu mahkamah bahawa perayu telah ditamatkan perkhidmatannya pada 29 April 2019.

Nurchaya juga diberitahu bahawa perayu sebelum ini dilepaskan tanpa dibebaskan bagi tuduhan kesalahan seksual itu oleh mahkamah rendah pada 2017 dan ditangkap semula pada 9 Februari 2021 untuk jenayah am lain dan didakwa semula untuk kesalahan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here