Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Lelaki bergaduh dengan sepupu didenda
Published on: Thursday, January 27, 2022
Published on: Thu, Jan 27, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki bergaduh dengan sepupu didenda
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 47 tahun didenda RM25 atau penjara sehari pada Rabu kerana berkelakuan mengancam terhadap sepupunya di Penampang, tahun lepas.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhkan hukuman itu kepada Christopher John selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu kepada Julian Celestian dengan niat mengganggu ketenteraman pada pukul 12 tengah hari 1 Disember 2021 di laluan masuk Kg Sinulihan Nambazan, Penampang.

Advertisement
Tuduhan di bawah Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil itu memperuntukkan denda RM25 jika sabit kesalahan.

Inspektor Albert Basir, yang menjalankan pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa menurut Julian, pada hari kejadian, Christopher berdiri di tengah-tengah jalan dan menghalang laluan Julian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Julian keluar dari keretanya untuk menegur Christopher tetapi pertikaman lidah kemudian berlaku antara mereka yang membawa kepada pergaduhan, menyebabkan Julian mengalami cedera ringan pada salah satu mata dan tangannya.

Mahkamah mendengar bahawa Christopher telah mengambil sebatang kayu dan mengacunya ke arah Julian untuk mempertahankan dirinya daripada serangan Julian.

Advertisement
Julian kemudian meninggalkan tempat itu untuk menjaga keselamatannya serta mencegah perkara lebih serius berlaku tanpa disangka, kata pendakwaan.

Meminta hukuman ringan, Christopher, yang tidak diwakili, mengakui bahawa dia berlaku salah sebab bergaduh dan berkata ia menjadi pengajaran baginya kerana dia hilang sabar pada waktu itu.

Advertisement
“Saya salah kerana bergaduh tetapi ia berlaku di atas tanah saya, lagipun kami sepupu pertama,” katanya.

“Mungkin ini satu pengajaran bagi saya. Mungkin saya hilang kawalan tetapi dia meludah di tempat saya. Saya hanya mahu membuatkan dia faham yang dia tidak boleh meludah di tempat saya.

“Sebenarnya, saya bukan cuba menghalangnya, saya hanya mahu memberinya kata-kata nasihat tetapi dia pukul saya dahulu. Jadi, kami saling bertumbuk. Saya akui saya bersalah tetapi dia tidak mahu terima nasihat saya, jadi apa mahu buat, kami bertumbuk.

“Saya betul-betul hilang sabar. Kamu tahu bagaimana orang lelaki. Semua mahu lindungi ego,” kata Christopher, menambah mereka merupakan jiran.

Dalam kes lain, seorang lelaki berumur 22 tahun diperintah untuk membayar denda RM1,000 atau penjara sebulan kerana berjudi di tempat awam.

Rimar mengaku melakukan kesalahan itu di kantin sebuah syarikat di Taman Victory, Penampang pada pukul 5.05 petang 8 Julai 2021. Mahkamah mendengar daripada pendakwaan bahawa polis, yang bertindak atas maklumat, pergi ke premis itu dan menahan seorang pembantu kedai, Rimar, yang mengaku menjalankan aktiviti judi dan turut merampas RM130 daripadanya.

Rimar didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang membawa denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia meminta hukuman ringan, mengatakan dia menganggur sekarang ini dan masih mencari kerja kerana dia sedang menjaga ibu bapa dan anak-anak saudaranya.

Mahkamah memerintah supaya wang rampasan itu dilucutkan hak sebagai hasil kepada kerajaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here