Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Empat lagi pusat produk IKS akan dibuka di Sabah
Published on: Friday, January 28, 2022
Published on: Fri, Jan 28, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Empat lagi pusat produk IKS akan dibuka di Sabah
HAJIJI meninjau produk dihasilkan usahawan tempatan selepas majlis perasmian itu.
RANAU: Kerajaan Sabah akan membuka empat lagi Pusat Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pada tahun ini dalam usaha mempromosi serta menjual barangan keluaran negeri tersebut, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata kemudahan tersebut akan dibuka masing-masing di Tawau, Keningau, Kota Marudu dan Tuaran yang turut berperanan penting dalam menjayakan Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah serta membantu usahawan tempatan.

Advertisement
Pada masa ini tiga Pusat Produk IKS negeri ini sudah beroperasi iaitu di Kota Kinabalu, Beaufort dan Ranau.

“Satu lagi pusat seumpamanya di Papar sedang dibangunkan dan dijangka dapat beroperasi dalam masa terdekat. Pembukaan Pusat Produk IKS ini adalah antara inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi membantu usahawan IKS untuk mempromosi dan menjual barangan keluaran mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya juga berharap pembukaan lebih banyak Pusat Produk IKS ini dapat memberi impak besar terhadap sektor peruncitan tempatan,” katanya ketika berucap ketika merasmikan Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah di Kiaburi Plaza di sini, pada Khamis.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Masidi Manjun dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II Datuk Jonathan Yasin.

Advertisement
Menurut Hajiji, pembukaan empat Pusat Produk IKS itu adalah menerusi perbelanjaan perbekalan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) yang menerima peruntukan RM5.76 juta di bawah Belanjawan Sabah 2022.

Satu lagi inisiatif adalah Program Pemasaran Produk IKS Sabah di pasar raya tempatan negeri ini yang menyaksikan DIDR bekerjasama dengan Pasaraya Bataras untuk memasarkan produk keluaran Sabah ke seluruh cawangannya.

Advertisement
“Selain Bataras, produk IKS khususnya makanan juga dipasarkan di seluruh Kedai Mesra di Sabah dan Labuan menerusi kolaboratif dengan Petronas Dagangan Berhad. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan membantu usahawan IKS yang terjejas akibat Covid-19,” katanya.

Mengulas Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah, Hajiji menyifatkan program yang disenaraikan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021 itu sebagai tepat pada masanya bagi merancakkan semula ekonomi domestik selain membantu usahawan IKS mempromosikan barangan mereka.

“Saya berharap kempen ini dapat menjadi titik permulaan kepada usaha secara bersama antara kerajaan, industri dan juga rakyat dalam memastikan kejayaan memulihkan ekonomi seiringan dengan (usaha) merancakkan semula ekonomi negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengingatkan kalangan usahawan dan peniaga di Sabah agar tidak hanya menumpukan perniagaan mereka dalam pasaran tempatan sebaliknya turut memanfaatkan sepenuhnya platform e-dagang yang kini menjadi pilihan ramai.

“Pandemik Covid-19 telah menyebabkan kebanyakan komuniti perniagaan beralih kepada penggunaan teknologi digital secara meluas. Saya yakin barangan buatan Sabah juga berpotensi dan berkualiti untuk turut bersaing dengan produk dari luar negara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here