Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Upko tidak letak calon untuk Parlimen Kota Belud
Published on: Friday, January 28, 2022
Published on: Fri, Jan 28, 2022
Text Size:
Text:
Upko tidak letak calon untuk Parlimen Kota Belud
KOTA BELUD: Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (Upko) tidak bercadang untuk meletakkan calon bagi Parlimen Kota Belud.

Naib Presiden Upko merangkap Ketua Upko Kota Belud, Datuk Ewon Benedick (gambar) berkata, sebaliknya Upko Kota Belud akan memperkemaskan jentera di peringkat cawangan bagi menghadapi pilihan raya negeri seterusnya yang dijangka diadakan pada 2025..

Advertisement
“Upko kini berada dalam gabungan nasional Pakatan Harapan (PH) dan kita perlu menyokong calon yang akan diletakkan oleh pucuk pimpinan sama ada daripada gabungan PH atau rakan PH.
“Tetapi jika saya masih Ketua Bahagian Upko Kota Belud selepas mesyuarat agung Bahagian tahun ini, saya akan memaklumkan pucuk pimpinan parti yang kita tidak akan meletakkan calon di parlimen Kota Belud,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, beliau akan memberikan tumpuan kepada peranan dan tanggungjawabnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian.

“DUN Kadamaian merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh Upko pada pilihan raya negeri lepas. Selain jentera Upko, kemenangan ini juga dibantu oleh jentera Warisan dan PKR serta mereka yang menyokong kepimpinan kita walaupun bukan ahli parti.
Advertisement
“Upko harus mempertahankan kemenangannya di Kadamaian dengan memperlihatkan prinsip dan pendekatan kepimpinan sebagai wakil rakyat serta memperkemaskan jentera di peringkat akar umbi.

“Pada masa yang sama, Upko akan memperkasakan kerjasama dengan semua pihak dan segmen masyarakat. Inilah tanggungjawab saya dan semua ahli parti Upko,” katanya semasa menyempurnakan pelancaran serentak mesyuarat agung tritahunan cawangan-cawangan Upko Kota Belud, pada Khamis.

Advertisement
“Di Kadamaian, ramai menyatakan mereka bukan menyokong parti tetapi personaliti. Justeru Upko perlu melahirkan personaliti-personaliti yang boleh diterima rakyat di Kadamaian melalui perkhidmatan, pelayanan dan perjuangan rakyat yang dilaksanakan. “Saya adalah antara yang percaya bahawa seseorang pemimpin itu tidak perlu terlalu lama menjadi wakil rakyat. “Cukuplah sehingga tiga penggal. Sebaik-baik pemimpin itu, tunjukkanlah sumbangan kepimpinan seawal yang boleh semasa penggal awal wakil rakyat dan bukannya di penghujung penggal.

“Dalam dua tahun pertama sebagai wakil rakyat Kadamaian, saya telah laksanakan sebaiknya apa yang boleh bukan hanya perancangan dan pelaksanaan pembangunan fizikal, tetapi juga penyusunan jentera perkhidmatan seperti Mahkamah Anak Negeri dan Unit Pemimpin Pembangunan Kadamaian, selain isu-isu pemilikan tanah dan program-program kerajaan di Kadamaian. “Saya percaya rakyat Kadamaian dapat menilai sendiri hasil kepimpinan ini.

“Selaku wakil rakyat di pihak pembangkang sekarang ini, saya perlu tunjukkan kecekalan kepimpinan dan pendekatan berprinsip. “Saya mungkin tidak lagi boleh mengagih peruntukan seperti sebelum ini, tetapi saya tetap boleh berkhidmat dan menyantuni rakyat. “Saya juga akan menggunakan tempoh ini untuk mempersiapkan Upko Kadamaian bagi melahirkan personaliti-personaliti baharu yang akan menggantikan saya dan mempertahankan kemenangan Upko di Kadamaian dalam pilihan raya negeri yang akan datang,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here