Kota Kinabalu: Seorang lelaki didakwa mengugut isterinya bahawa dia mahu menyebabkan kematiannya.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Hamzah Serin apabila tuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, melalui Zoom pada Khamis.
Hamzah dituduh mengugut isterinya berumur 37 tahun, menyebabkan isterinya takut, pada pukul 8.30 pagi 19 Januari tahun ini di sebuah unit di Nountun Apartment, Inanam, di sini.
Kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 11 Februari tahun ini untuk sebutan dan Hamzah dilepaskan dengan ikat jamin RM1,200 serta dua penjamin tempatan.
Inspektor Kelvan Elson Maik hadir untuk pendakwaan.