Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
PARIT di kedua-dua sisi Jalan Sang Kancil penuh selepas hujan lebat kurang 30 minit, menyebabkan tasik mini terbentuk di atas jalan itu.
Advertisement
Advertisement
STAF syarikat konsesi melengkapkan pemasangan jeriji untuk bukaan yang dibina pada laluan jalan kaki di bahagian Jalan Sang Kancil ini.
Sebuah jengkaut telah dikerahkan untuk mengorek mendapan parit itu dan pekerja syarikat itu menggunakan penyodok untuk mengeluarkan tumbuhan air yang tumbuh di dalamnya, kata jurucakap itu. “Sebelum ini, mereka menyelenggara parit itu pada September selepas mengetahui bahawa beberapa rumah di sini dibanjiri ketika hujan lebat pada bulan itu,” katanya. “Bagaimanapun, penyelia tapak kami akan terus memeriksa keadaan parit itu. “Kami akan mempertimbangkan kemungkinan mengerahkan kakitangan kami untuk membersihkan struktur ini jika perlu berbuat demikian.”
PEKERJA syarikat konsesi menggunakan penyodok untuk membersihkan mendapan di parit tepi jalan.
OLSIN kesal dengan pengurusan buruk parit tepi jalan untuk kawasan di Karamunsing yang dikenali sebagai Turnbull Place, iaitu tempat dia tinggal. “Rumah-rumah kami terletak di sebelah bawah cerun. Apabila hujan lebat, air larian terkumpul di dasar cerun ini,” katanya. “Parit di sini juga cepat penuh dan mula melimpah selepas hujan turun kurang setengah jam.” Dia berkata “tasik mini” dapat dilihat di Jalan Sang Kancil pada masa-masa ini, dan air hujan turut mengalir masuk ke garaj rumah-rumah di sekitar. Olsin berkata jalan perumahan itu kerap dibanjiri sejak 2019.
TINDAKAN juga diambil untuk membuang tumbuhan air dan rumpai di dalam parit.
“Saya menghubungi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengenai masalah ini pada satu ketika pada tahun berikutnya dan diberi jaminan bahawa kakitangannya akan membuat susulan aduan saya mengenai perparitan di sana. “Namun begitu, tiada apa yang dilakukan sehingga kini untuk mengurangkan masalah banjir kami.” Katanya, salah seorang jirannya telah melaporkan masalah ini kepada agensi lain. “Seorang jurutera di agensi ini memberitahu rakan saya bahawa satu pembetung di kawasan ini telah rosak. “Ini didakwa menyebabkan air larian bertakung di atas jalan itu. Agensi itu pada mulanya merancang untuk mengorek satu bahagian jalan ini supaya pembetung itu dapat diganti.
SEBUAH jengkaut dikerahkan untuk membantu kerja mengorek mendapan dalam parit di tepi Jalan Sang Kancil.
“Dana telah disediakan untuk tujuan ini tetapi, apabila pegawai yang menjaga projek ini meninggal dunia secara tiba-tiba, dana itu dialihkan untuk kerja di bahagian lain di Ibu Negeri.” Seorang jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK menafikan dakwaan agensi itu tidak mengambil tindakan, mengatakan semakan rekodnya menunjukkan bahawa ia hanya dimaklumkan mengenai masalah ini pada Ogos 2021. Dia berkata kakitangan DBKK mengesahkan bahawa “banjir kilat” berlaku di jalan Karamunsing itu, tidak lama kemudian. “Pemeriksaan tapak mendapati ia disebabkan oleh aliran balik dari parit,” katanya. “Sebahagian daripada parit tepi jalan yang sepatutnya merupakan parit terbuka, didapati telah ditutup dengan bidur konkrit.” Agensi itu mengesyaki ia mungkin berlaku apabila jalan masuk untuk salah satu rumah di situ dibina semula, menurutnya. “Pemilik rumah, yang melakukan pengubahsuaian ini, telah diarahkan untuk mengalihkan bidur konkrit dari dalam parit itu. “Dia juga diminta untuk membuat bukaan-bukaan, pada selang tiga meter, untuk memudahkan kerja menyelenggara struktur itu.” Notis mengenai perkara ini telah diberikan kepada pemilik rumah itu pada September, menurut jurucakap tadi. “Sekiranya dia gagal mematuhinya maka tindakan lanjut boleh diambil terhadapnya.” Dia mengakui bahawa pemilik rumah itu boleh dikenakan denda di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan, tetapi enggan mendedahkan jumlah penalti ini.





