Kota Kinabalu: Polis di sini menahan tiga lelaki – dipercayai anggota sindiket dadah – serta merampas dadah bernilai lebih RM300,000 dalam operasi yang dijalankan, Rabu lepas.Ketua Polis Bandaraya, ACP Mohd Zaidi Abdullah, berkata operasi itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kontinjen Sabah dalam serbuan dua hari.
Advertisement





