Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Sijil vaksinasi palsu: Pengamal perubatan Sabah diingat jangan terlibat
Published on: Sunday, January 30, 2022
Published on: Sun, Jan 30, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sijil vaksinasi palsu: Pengamal perubatan Sabah diingat jangan terlibat
Gambar: Bernama.com
Kota Kinabalu: Pengamal perubatan di Sabah diingatkan agar tidak terlibat dalam kegiatan pengeluaran sijil digital vaksinasi palsu seperti yang berlaku di beberapa negeri lain.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata hal ini kerana terdapat laporan bahawa pengamal perubatan di beberapa negeri lain memalsukan sijil vaksinasi sebelum dijual kepada orang ramai yang enggan mendapatkan vaksin.

Advertisement
“Setakat ini di Sabah, tiada (pengamal perubatan) terlibat, tetapi (laporan pemalsuan) ada di Melaka, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur dan Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas majlis istiadat tamat latihan dan penyampaian sijil pelantikan pegawai sukarelawan polis siswa/siswi (Suksis) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, Sabtu.

Hadir sama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Zaini Jass dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS Prof Madya Dr Ramzah Dambul.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu Razarudin menyampaikan sijil pelantikan Suksis kepada 52 pelajar UMS dan beliau berharap melalui modul yang telah dipelajari sepanjang mengikut latihan itu akan mampu melahirkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar berkenaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here