Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
JKMPay masih di peringkat kajian: Rina
Published on: Sunday, January 30, 2022
Published on: Sun, Jan 30, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
JKMPay masih di peringkat kajian: Rina
PETALING JAYA: Program rintis pembayaran bantuan kebajikan tanpa tunai, JKMPay, masih lagi di peringkat kajian sebelum dilaksanakan secara meluas di seluruh negara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata meskipun projek rintis itu telah dilaksanakan hampir setahun melibatkan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di dua daerah di Selangor dan Kelantan, namun masih terdapat kajian yang perlu dilaksanakan khususnya berkaitan keberkesanannya.

Advertisement
"JKMPay ini melibatkan penerima bantuan JKM yang baharu bukan sahaja penerima bantuan Orang Kurang Upaya (OKU). Bila kami buat kajian, kajian utama lebih kepada penerima bantuan...bagaimana pengalaman mereka ketika menggunakannya dan bagaimana kami boleh tambah baik hasil pengalaman yang mereka kongsikan.

"Bahkan sebelum projek rintis ini dilaksanakan, kami telah adakan perbincangan dengan kerajaan negeri dan pemegang taruh termasuk Majlis OKU. Kami akan adakan libat urus dengan lebih ramai lagi sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas program menyantuni Pusat Jagaan OKU di sini, hari ini.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata JKMPay dilaksanakan antara lainnya bagi membantu penerima bantuan JKM mengawal perbelanjaan dengan mendapatkan barangan yang benar-benar diperlukan seperti barangan keperluan, makanan, ubat-ubatan dan pampers.

"Hasrat kami untuk pastikan dari segi kelangsungan hidup mereka untuk beli barangan keperluan itu ada. Dalam masa sama kami nak sokong ekonomi digital, saya tidak mahu sahabat OKU saya tercicir...mereka juga harus turut serta dalam dunia digitalisasi," katanya sambil menegaskan tiada sebarang caj dikenakan ke atas pengguna JKMPay mahupun kerajaan. 

Advertisement
Sementara itu, Rina berkata jelajah pendaftaran OKU akan dilaksanakan melalui MyDaftar OKU bagi memastikan lebih ramai golongan itu membuat pendaftaran.

Beliau berkata sejak dilancarkan tahun lepas, pihaknya sudah menerima 13,715 pendaftaran dalam tempoh dua bulan sahaja dan jelajah itu akan turut disertai pertubuhan bukan kerajaan OKU.

Advertisement
"Melalui MyDaftar OKU, mereka kini boleh isi borang secara dalam talian dan kami juga sedang usahakan agar pengesahan daripada pengamal perubatan juga dapat dibuat secara dalam talian...ini telah dilaksanakan di pejabat kebajikan daerah," katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here