Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Esscom sahkan pakar bom Abu Sayyaf masih hidup
Published on: Monday, January 31, 2022
Published on: Mon, Jan 31, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Esscom sahkan pakar bom Abu Sayyaf masih hidup
LAHAD DATU: Pembuat bom yang juga sub ketua kumpulan Abu Sayyaf, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan (gambar) yang dilaporkan ditembak mati Mei lepas di Filipina, disahkan masih hidup.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Hamzah Ahmad berkata status Mudzrimar yang dikehendaki di Esscom, disahkan hasil perkongsian maklumat daripada pasukan keselamatan Filipina melibatkan Joint Task Force Sulu (JTFS) serta Western Mindanao Command (J2 Westmincom).

Advertisement
“Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan disahkan masih hidup susulan beberapa siri pertempuran dan  pertembungan pihak pasukan keselamatan Filipina dengan suspek sejak Julai 2021,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Hamzah berkata susulan itu,  Mudzrimar yang dikeluarkan dalam senarai individu dikehendaki Esscom pada tahun lalu kini disenaraikan semula sebagai suspek dikehendaki membabitkan kes penculikan untuk wang tebusan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Muzdrimar juga merupakan anak saudara kepada pemimpin kanan Abu Sayyaf iaitu Hatib Hajan Sawadjaan, dan selain itu mempunyai kepakaran membuat bom serta perancang letupan bagi beberapa insiden di Jolo, Filipina pada tahun 2020, termasuk insiden letupan bom di ‘The Our Lady Of Mount Carmel Cathedral Jolo’.

Baru-baru ini tercetus persoalan berikutan kenyataan Esscom menyenaraikan semula Mudzrimar antara 20 suspek warga Filipina dikehendaki terkini sedangkan dia dilaporkan telah ditembak mati.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here