Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Bilangan kontak rapat, individu bergejala meningkat
Published on: Monday, January 31, 2022
Published on: Mon, Jan 31, 2022
Text Size:
Text:
Bilangan kontak rapat, individu bergejala meningkat
Kota Kinabalu: Sabah pada Ahad merekodkan peningkatan bilangan kontak rapat dan individu bergejala yang positif Covid-19 iaitu masing-masing 161 dan 132 orang.  Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata angka-angka itu merupakan petanda bahawa jangkitan sudah mula menular dalam komuniti.“Sehari selepas jumlah kes harian jatuh sebanyak 91 kes, jumlah kes baharu kembali melonjak tinggi kepada 373 kes, bertambah 106 kes berbanding catatan kelmarin,” katanya pada Ahad.
Advertisement
Menurut Masidi, 11 daerah mencatatkan kes harian dua angka pada Ahad berbanding hanya lapan daerah Sabtu lalu.
“Lima  dari daerah-daerah ini merekod jumlah kes baharu yang agak tinggi iaitu Kota Kinabalu 65 (+12), Tawau 54 (+32), Penampang 45 (+31) Sandakan 45 (-8) dan Tuaran 36 (-19). Hanya empat daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, tiada kluster baharu dicatat pada Ahad.

“Bagaimanapun, lima dari 17 kluster-kluster aktif di Sabah merekodkan 65 kes baharu,” kata Masidi.

Advertisement
Beliau menambah, Kluster Jalan Sri Balung di Tawau merupakan kluster yang menyumbang kes baharu terbanyak dengan 41 kes manakala Kluster Montenior di Kuala Penyu merekodkan 11 kes baharu.

“Sebanyak 365 kes atau hampir 98 peratus dari keseluruhan 373 kes pada Ahad adalah dalam Kategori 1 dan 2; lima kes dalam Kategori 3; dua kes dalam Kategori 4 dan hanya satu kes dalam Kategori 5,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here