Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan GRS perlu diperkukuh, dikekalkan: Jasnih
Published on: Monday, January 31, 2022
Published on: Mon, Jan 31, 2022
Text Size:
Text:
Kerajaan GRS perlu diperkukuh, dikekalkan: Jasnih
Jasnih mengagihkan kad dan limau mandarin ketika tinjauan mesra itu.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang baru berusia lebih setahun perlu terus diperkukuhkan selaras dengan mandat yang diberikan oleh rakyat, kata Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Jasnih Daya.

Katanya, Kerajaan GRS juga perlu diperkuatkan dengan fokus utama membela Kesejahteraan rakyat dan membangun negeri ini.

Advertisement
“GRS merupakan nadi kepada Kerajaan Negeri hari ini, justeru kita perlu terus perkukuhkan dan mantapkan kerajaan sedia ada.

“Ini juga selaras dengan seruan dan kehendak Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mahu Kerajaan GRS terus dipertahankan dalam apa juga keadaan sekalipun, katanya selepas mengadakan tinjauan mesra Tahun Baharu Cina (TBC) dan mengagihkan Kad  TBC dan limau mandarin di pekan Tuaran, pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jasnih mengulas kenyataan Bung Sabtu lepas yang mengulangi bahawa Kerajaan GRS harus dipertahankan dalam apa juga keadaan sekalipun, untuk mengelakkan berlaku pilihan raya negeri.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, “kita tidak mahu ada pilihan raya berlaku. Sebab kita di Sabah baharu sahaja mengadakan pilihan raya, baharu setahun lebih. Jadi kalau ada lagi pilihan raya, sudah tentu tidak menyenangkan rakyat dan rakyat akan marah kepada kita.”

Advertisement
“Sebab itu saya telah mengambil pendekatan untuk pastikan bahawa kerajaan yang kita bina ini akan terus mendapat sokongan daripada rakyat,” katanya semasa mengulas pergolakan politik masa kini yang amat mencabar, terutamanya di peringkat nasional.

Jasnih yang menyokong kenyataan Bung menegaskan, fokus utama Kerajaan GRS ialah membangun negeri Sabah dan membela nasib rakyat ketika negeri dan negara dalam pasca pandemik Covid-19.

Advertisement
Katanya, pemimpin parti-parti komponan dalam GRS juga perlu mengurangkan “politiking”, sebaiknya memberi fokus membantu rakyat dan membangun negeri.

Menurutnya, rakyat telah memberi mandat kepada GRS mentadbir negeri ini, dan mereka mahu pemimpin Kerajaan Negeri GRS menunaikan amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

“Sebarang usaha oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menggugat kestabilan politik sedia ada di Sabah di bawah Kerajaan GRS harus ditolak,” tegas Jasnih.

Mengulas Retreat Wakil Rakyat dan pemimpin Kerajaan GRS yang akan diadakan pada bulan Februari, beliau yakin ia  akan memantapkan lagi persefahaman, perpaduan dan kerjasama dalam keluarga GRS.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here