Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
‘Harimau’ diharap kembalikan kehidupan normal
Published on: Monday, January 31, 2022
Published on: Mon, Jan 31, 2022
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
‘Harimau’ diharap kembalikan kehidupan normal
Susan menunjukan pelan Fasa 1, Parkland City dan Parkland Villa Saujana yang dalam pembinaan.
Kota Kinabalu: Presiden Persatuan Komuniti Cina Bersatu Sabah Kota Kinabalu (USCCAKK) Datuk Susan Wong Siew Guen berharap “harimau perkasa” akan mengusir Covid-19 pada Tahun Baharu Cina ini supaya kehidupan kembali normal.

Beliau berkata pandemik Covid-19 telah menjejaskan kehidupan sejak dua tahun lalu dan memakai pelitup muka sudah menjadi kebiasaan.

Advertisement
“Perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah menyedarkan kita tentang kepentingan keluarga dan kesihatan.

“Virus ini telah mengajar kita untuk menghargai keluarga dan rakan di sekeliling kita,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina (TBC) beliau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada Tahun Harimau, Susan berharap ia akan mengusir Covid-19 agar orang ramai kembali menjalani kehidupan yang sihat.

Beliau juga mengharapkan keamanan dan kemakmuran untuk Malaysia, serta kesihatan yang baik untuk rakyat.

Advertisement
“Semoga Tahun Harimau membawakan masa depan yang lebih cerah dan tuah.

“Dengan tiadanya sekatan, perniagaan akan berkembang semula dan industri pembinaan akan pulih dan pemaju dapat menyiapkan projek mereka,” katanya.

Advertisement
Untuk tahun ini, pemaju terkemuka Kumpulan WSG itu berharap Sijil Layak Menduduki (OC) bagi dua kondominium sedang dibina di Papar akan dikeluarkan tahun ini.

Katanya, perkembangan kerja Palm Condominium Tower sebanyak 140 unit dan Benoni Garden Tower B sebanyak 119 unit di daerah ini telah mencapai peringkat pemasangan bumbung iaitu siap lebih 80 peratus.

“Saya ingin mendapatkan O.C. untuk Palm Condominium 13-tingkat di Kinarut menjelang Jun tahun ini dan menyerahkan unit-unit kepada pembeli rumah.

“Sementara bagi Benoni Garden Tower B, saya berharap O.C. akan dikeluarkan pada Julai,” kata Susan.

Mengenai pembinaan projek pembangunan baharunya, lot kedai Parkland City dan rumah teres dua tingkat Parkland Villa Saujana, beliau berkata ia dihentikan buat sementara waktu berikutan pandemik Covid-19 dan sekatan pergerakan dari Mac 2020 hingga Mei 2021.

Pada Jun tahun lepas, beliau berkata kerajaan membenarkan pembinaan projek dengan separuh daripada tenaga kerja atau buruh, yang mempengaruhi jadual siapnya.

Pada November tahun lalu di bawah Pelan Pemulihan Negara, Susan berkata syarikatnya dapat meneruskan pembinaannya dengan tenaga kerja penuh dan menyasarkan untuk menyiapkan kerja-kerja itu menjelang hujung tahun ini.

Tahun ini, katanya, adalah masa untuk syarikatnya menyiapkan kerja-kerja pembinaan projek pembangunan hartanah dan komersialnya di Papar.

“Saya menyasarkan untuk mendapatkan separuh daripada O.C untuk Fasa 1 Parkland City yang mempunyai 88 unit komersial menjelang akhir tahun ini supaya saya boleh memulakan Fasa 2 projek sama, secara tentatif pada tahun depan.

“Saya juga mempunyai harapan dan sasaran sama untuk Fasa 1 Parkland Villa Saujana yang mempunyai 180 unit rumah teres dua tingkat. “Sekurang-kurangnya separuh daripada O.C. akan dikeluarkan kepada pemilik pada hujung tahun ini,” kata Susan.

Beliau berhasrat untuk melancarkan Parkland Condo menjelang akhir tahun ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here