Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
23,578 kanak-kanak di Sabah berdaftar untuk vaksin Covid-19 setakat ini
Published on: Thursday, February 03, 2022
Published on: Thu, Feb 03, 2022
Text Size:
Text:
23,578 kanak-kanak di Sabah berdaftar untuk vaksin Covid-19 setakat ini
Children aged between five and 11 years old wait for the Covid 19 vaccine at Hospital Tunku Azizah in Kuala Lumpur February 3,2022. — Malay Mail pic
Kota Kinabalu: Seramai 23,578 orang kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di seluruh Sabah telah berdaftar di dalam MySejahtera untuk menerima vaksin Covid-19, menurut Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr. Rose Nani Mudin.

Menurut beliau, ibubapa dan penjaga digesa untuk mendaftarkan kanak-kanak dalam jagaan masing-masing melalui aplikasi MySejahtera menggunakan dokumen MyKid ataupun Sijil Kelahiran.

Advertisement
"Pelaksanaan PICKids  (Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak) di Sabah akan dibuat melalui walk-in, PPV Awam, “offsite PPV”, aktiviti outreach ke kawasan pedalaman dan mengikut sekolah dalam daerah," katanya dalam kenyataan media malam ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) juga hari ini telah memulakan PICKids di lima buah hospital pakar di Sabah iaitu Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Hospital Dushess of Kent Sandakan, Hospital Keningau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Perluasan pemberian vaksin kanak-kanak di PPV akan terus ditingkatkan di seluruh Sabah bermula Sabtu iaitu 5 Februari 2022.

Pihak JKNS masih terus menyediakan 251 buah fasiliti kesihatan PPV di Sabah yang terdiri daripada hospital serta klinik kerajaan dan swasta menyediakan perkhidmatan pemberian vaksin samada booster, vaksin kanak-kanak, dos kedua dan dos pertama.

Advertisement
"Pemberian vaksin adalah percuma kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara," kata Rose.

"Ibubapa dan penjaga disarankan agar memastikan anak-anak yang dibawa mendapatkan vaksin agar mengambil makanan sebagai alas perut sebelum di vaksin.

Advertisement
"Kanak-kanak tersebut perlu memakai baju lengan atau seluar yang boleh lipat dengan mudah kerana suntikan diberi pada lengan atas atau di bahagian paha."

Pihak JKNS menasihatkan ibubapa dan penjaga memberi ubat paracetamol kepada anak- anak jika mengalami demam selepas vaksinasi dengan dos mengikut berat badan (15mg/kg/ per body weight), tambah beliau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here