Kota Kinabalu: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Rasuah Khas di sini, Jumaat, atas dua tuduhan menyalahgunakan kuasanya dengan memberikan kontrak berjumlah RM2,589,079.32 kepada sebuah syarikat dimiliki sebahagian olehnya.Sulaiman Mohd Noor, 54, yang hadir di hadapan Hakim Abu Bakar Manat mengaku tidak bersalah kepada setiap tuduhan yang dibuat terhadapnya.





