KOTA KINBALU: Sabah merekodkan 345 kemalangan jalan raya dalam 10 hari “Op Selamat 17”, yang bermula pada 29 Jan, sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2022.Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 31 kes berbanding 376 kemalangan jalan raya yang direkodkan dalam Op Selamat 16 bagi sambutan sama tahun lepas.





