Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Malaysia kini berdepan dengan gelombang Omicron sepenuhnya: KJ
Published on: Sunday, February 06, 2022
Published on: Sun, Feb 06, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Malaysia kini berdepan dengan gelombang Omicron sepenuhnya: KJ
KUALA LUMPUR: Malaysia kini sudah sepenuhnya berdepan dengan gelombang varian Omicron, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. 

Menerusi satu hantaran di Twitter rasminya, beliau berkata kes harian Covid-19 dijangka akan mencecah 15,000 tidak lama lagi.

Advertisement
“Masih satu juta warga emas di negara belum menerima dos penggalak (vaksin Covid-19). Tolong maklum kepada orang-orang tua kesayangan anda untuk mendapat dos penggalak dengan segera,” menurut hantaran itu hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitternya mengenai imej Berisiko-Terdedah-Berjangkit-Diasingkan (Seir) kes harian Covid-19 dan unjuran kes dari 31 Ogos 2021 hingga 31 Mac ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Khairy turut menyeru orang ramai untuk mengambil dos penggalak dan menekankan tujuan utama vaksin Covid-19 adalah bagi mengurangkan keseriusan gejala.

“Dengan dos penggalak perlindungan anda daripada gejala serius yang boleh menyebabkan kemasukan ke hospital/ICU (unit rawatan rapi) lebih baik. Dapatkan suntikan dos penggalak,” katanya.

Advertisement
Malaysia kembali merekodkan kes baharu Covid-19 melebihi 10,000 apabila 10,089 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 9,117 semalam, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu kini meningkat kepada 2,914,220 kes.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here