Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Warisan lapor SPRM siasat perjanjian NCA
Published on: Tuesday, February 08, 2022
Published on: Tue, Feb 08, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Warisan lapor SPRM siasat perjanjian NCA
Kota Kinabalu: Parti Warisan (Warisan) pada Isnin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi (NCA).

Laporan itu dibuat Setiausaha Agungnya Datuk Loretto Padua Jr petang Isnin di pejabat SPRM Kota Kinabalu di sini mengenai perjanjian NCA antara Kerajaan Sabah dan sebuah syarikat berpangkalan di Singapura.

Advertisement
Loretto berkata laporan yang dibuatnya bukan bermotifkan politik, sebaliknya dibuat atas kesedaran seorang rakyat Malaysia yang mahu kedaulatan negara ini dilindungi.

“Proses ini berjalan selama dua jam yang mana rekod dan keterangan saya telah diambil, saya juga diarah untuk tidak memberitahu secara terperinci berkenaan laporan saya namun secara am laporan ini berkenaan NCA,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
NCA adalah sebuah perjanjian melibatkan perdagangan kredit karbon iaitu satu sistem berasaskan pasaran bagi mengurangkan kesan gas rumah hijau terutama karbon dioksida yang menyumbang kepada pemanasan global dengan memberikan insentif dari segi kewangan. 

Ahad lepas, Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan dilaporkan berkata NCA itu tidak melibatkan penjualan atau cagaran tanah hutan seperti didakwa pemimpin pembangkang.

Advertisement
Bagaimanapun sebelum ini, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa perjanjian NCA selama 100 tahun itu menyebabkan dua juta hektar hutan di Sabah ‘diserahkan’ kepada syarikat tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here