Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Covid-19: Sabah catat lebih 2,000 kes baharu
Published on: Wednesday, February 09, 2022
Published on: Wed, Feb 09, 2022
By: Anthea Peter
Text Size:
Text:
Covid-19: Sabah catat lebih 2,000 kes baharu
Kota Kinabalu: Jumlah kes harian Covid-19 di Sabah melepasi paras 2,000 dengan 2,069 kes direkodkan pada Selasa sementara kadar kebolehjangkitan (RO) Sabah turut meningkat kepada 1.54, lebih tinggi berbanding kadar kejangkitan negara iaitu 1.32, kata Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

“Ini bermakna kadar penularan Covid-19 di Sabah lebih cepat, menyebabkan jumlah kes di Sabah meningkat lebih tinggi berbanding negeri lain di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Advertisement
Sabah juga mencatatkan kluster pendidikan ke-19 di Kota Marudu pada Selasa, membabitkan pelajar SMK Kota Marudu 2, dinamakan sebagai Kluster Jalan Kebulian.

“Kes indeks ialah seorang perempuan rakyat tempatan berusia 18 tahun, pelajar tingkatan lima yang tinggal di asrama sekolah itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dia mula mengalami simptom pada 2 Februari dan disahkan positif dengan ujian RTK pada hari berikutnya. Dia dikuarantin dan diberi rawatan,” kata Masidi sambil menambah bahawa saringan kontak rapat menemui 16 individu positif dalam kluster itu setakat ini.

Dua kematian direkodkan, masing-masing satu di Beaufort dan Keningau.

Advertisement
Mengenai jumlah kes, kata Masidi, jangkitan sporadik terus meningkat kerana 51.96 peratus daripada kes adalah bergejala – petunjuk jelas bahawa penularan merebak secara meluas dalam komuniti.

Bagaimanapun, kata Masidi, 99.37 peratus kes adalah kes ringan, dengan 2,056 daripada 2,069 kes adalah kategori satu dan dua jangkitan manakala lima dalam kategori tiga, enam dalam kategori empat dan dua dalam kategori lima.

Advertisement
Menurutnya, tujuh daerah merekodkan tiga digit kes iaitu Kota Kinabalu (395), Sandakan (267), Tuaran (192), Papar (161), Penampang (161), Lahad Datu (137) dan Tawau (113).

“Sekitar 15 daripada 27 daerah di Sabah mencatatkan kenaikan dua kali ganda hingga tiga digit iaitu Papar (+100), Lahad Datu (+80), Ranau (+50), Tuaran (+42), Sipitang (+33), Kota Belud (+32), Telupid (+25), Kota Kinabalu (+24), Kuala Penyu (+24), Penampang (+23) dan Beaufort (+20),” tambahnya.

Seramai 328 pesakit Covid-19 telah dibenarkan keluar hospital manakala 1,324 pesakit kini menerima rawatan di hospital, pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC), penjara/pusat tahanan sementara dan kemudahan swasta.

Mengenai program imunisasi di Sabah, Masidi berkata 9,050 individu telah divaksin pada 7 Februari, di mana 7,574 adalah dewasa manakala 98 adalah remaja dan 1,378 adalah kanak-kanak.

Setakat 7 Februari lalu, katanya, seramai 2,411,094 individu telah melengkapkan kedua-dua dos, di mana 76.06 peratus adalah dewasa, manakala 2,457,426 telah mendapat dos pertama mereka, di mana 76.76 peratus adalah dewasa.

Masidi menambah, seramai 337,494 remaja telah menerima dos pertama mereka, manakala 313,121 telah melengkapkan kedua-dua dos iaitu 72.15 peratus daripada populasi remaja. Seramai 2,488 kanak-kanak telah menerima dos pertama mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here