KUDAT: Parti Solidariti Tanah Airku (Star) mahu mendekati golongan pengundi muda berumur 18 tahun ke atas dengan mengetengahkan pemimpin muda parti itu bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Star Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata parti itu mahu mengetengahkan pemimpin muda untuk mengangkat perjuangan parti itu yang semakin meningkat dan bersinar.





