Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Setuju, tapi perlu ada SOP ketat: Jafry
Published on: Thursday, February 10, 2022
Published on: Thu, Feb 10, 2022
Text Size:
Text:
Setuju, tapi perlu ada SOP ketat: Jafry
Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menyokong penuh cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk membuka semula pintu sempadan antarabangsa negara seawal 1 Mac tanpa perlu kuarantin wajib.Bagaimanapun, Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata pembukaan semula itu perlu diikuti dengan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat bagi mengekang penularan varian Omicron di negara ini.
Advertisement
“Pembukaan sempadan negara perlu dilakukan secepat mungkin memandangkan Sabah memerlukan pasaran antarabangsa untuk memulihkan sektor pelancongan,” katanya, dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, pemain industri juga perlu diperincikan dengan lebih jelas mengenai SOP yang lebih ketat agar mereka lebih bersedia sebelum pembukaan sempadan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kementerian bersedia untuk mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak termasuk pemain industri, termasuk merangka kempen promosi dan pemasaran bagi memastikan pelancong luar negara menjadikan Sabah sebagai destinasi pilihan utama mereka.”

Sementara itu, Jafry berkata pelancong luar yang mahu ke Sabah disarankan untuk mengambil pelan perlindungan insurans untuk pelancong yang meliputi kos perubatan dan kemasukan ke hospital akibat kemalangan dan penyakit termasuk jangkitan Covid-19.

Advertisement
“Matlamat sekarang ini adalah membuka sempadan agar industri pelancongan akan terus hidup dan pada masa sama memastikan agar penularan Covid-19 dapat dikawal,” katanya. Ketika ini, kerajaan negeri hanya membenarkan aktiviti pelancongan domestik sahaja, manakala Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin Malaysia- Singapura (VTL) juga masih di peringkat perbincangan dan belum dilaksanakan di negeri ini.

Advertisement
“Kita perlu berganding bahu dan bekerjasama sebagai satu pasukan demi mencapai matlamat memulihkan industri pelancongan dan kembali menjadi antara penyumbang utama ekonomi di negeri ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here