Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Wanita cederakan sepupu kena 10 bulan, denda
Published on: Thursday, February 10, 2022
Published on: Thu, Feb 10, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Wanita cederakan sepupu kena 10 bulan, denda
Kota Kinabalu: Seorang wanita berumur 35 tahun yang mencederakan sepupunya menggunakan batang aluminium, dipenjara 10 bulan dan didenda RM2,000 atau penjara dua bulan.

Penolong Kanan Pendaftar Tiong Wen Wen yang duduk selaku Majistret, menjatuhkan hukuman itu terhadap Rozana Awang yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Advertisement
Rozana menyerang sepupunya Elsharinah Elvis Maidin, 25, menggunakan batang aluminium pukul 9.30 pagi pada 6 Mei 2021 di sebuah rumah di Taman Wawasan Mahandoi, Penampang.

Kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah membenarkan permohonan Rozana untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000 beserta dua orang penjamin.

Mahkamah diberitahu Rozana menyebabkan Elsharinah mengalami kecederaan dengan batang aluminium itu.

Advertisement
Disebabkan kejadian itu, Elsharinah dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth 1 dan doktor mengesahkan Elsharinah mengalami luka melecet di dahi kiri, lebam dan bengkak di rahang kanan, kecacatan di pergelangan tangan kanan-cacat, lebam dan bengkak dan luka hipotenar-laserasi di tangan kanan.

Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, Rozanah ditahan.

Advertisement
Inspektor Navind Kumar Vijayan tampil untuk pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here