Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Penoreh getah menipu kena 24 bulan, denda
Published on: Friday, February 11, 2022
Published on: Fri, Feb 11, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penoreh getah menipu kena 24 bulan, denda
Kota Kinabalu: Seorang penoreh getah berumur 30 tahun dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda RM4,000 atau enam bulan penjara dan empat kali sebatan rotan kerana menipu.

Arron Avel mengaku bersalah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Abdurrahman Abrar Jarni, yang duduk sebagai majistret, kerana menipu seorang promoter telefon bimbit Mohd Hazrunnyzam Nasir supaya memberikannya dua telefon pintar di tepi Jalan Tuaran Bypass berhampiran stesen minyak di Tebobon pada 17 Ogos tahun lepas. Mahkamah diberitahu oleh pendakwaan bahawa Arron menipu promoter itu melalui WhatApps untuk membeli telefon pintar berkenaan dan memintanya menghantar gajet itu kepada pekerjanya di stesen minyak dengan memberitahunya bahawa dia berada di semenanjung.

Advertisement
Salinan slip bayaran RM2800 kemudiannya dihantar kepada pengadu oleh Arron yang mendorong pengadu untuk memberikan gajet itu kepada pekerja tersebut.

Bagaimanapun, slip pembayaran itu kemudiannya didapati palsu dan laporan polis dibuat terhadap Arron, kata pendakwaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Arron didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili Arron memohon hukuman ringan.

Advertisement
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berumur 25 tahun didenda RM400 atau dipenjara dua bulan jika gagal membayarnya pada Khamis kerana mengoyakkan surat kompaun yang dikeluarkan kepadanya kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tahun lepas dengan berkumpul di bilik sewa untuk sei minum-minum.  Jayhrey Sikodol mengaku bersalah berkelakuan buruk di Balai Polis Inanam pukul 9.37 malam pada 6 Jun 2021.

Inspektor Albert Basiri, yang melakukan pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa sebelum kejadian, satu pasukan polis datang ke sebuah bilik sewa di Pusat Perniagaan Inanam susulan maklumat awam mengenai orang ramai yang melanggar PKPB dan mendapati empat lelaki, termasuk Jayhrey sedang berkumpul untuk sesi minum alkohol.

Advertisement
Polis memberitahu kesalahan mereka dan mengarahkan mereka pergi ke balai polis Inanam untuk dikeluarkan surat kompaun, mahkamah diberitahu.

Semasa berada di balai polis, Jayhrey yang menerima surat kompaun itu bertanya kepada polis berhubung denda yang perlu dibayarnya dan kemudiannya dilihat mengoyakkan surat kompaun itu ketika keluar dari balai.

Jayhrey melakukan kesalahan di bawah Seksyen 90 Akta Polis yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Jayhrey yang tidak diwakili mengakui kesilapannya dan menyesali tindakannya dan memohon denda lebih rendah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here