Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pindaan Perlembagaan Persekutuan kini berkuat kuasa: Wan Junaidi
Published on: Saturday, February 12, 2022
Published on: Sat, Feb 12, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pindaan Perlembagaan Persekutuan kini berkuat kuasa: Wan Junaidi
KUCHING: Pindaan kepada empat perkara di bawah Perlembagaan Persekutuan melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak yang diluluskan Dewan Rakyat pada 14 Disember lepas dikuatkuasakan pada Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu Warta Kerajaan Persekutuan telah memperkenankan penguatkuasaan pindaan itu yang melibatkan empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement
“Apa kami perlukan kami boleh minta kerana ia diperuntukkan dalam perlembagaan. Itulah kesan yang amat besar kepada Sarawak dan Sabah berhubung pindaan perlembagaan ini,” katanya dalam satu sidang media di sini.

Menurutnya pindaan yang dikuatkuasakan sebagai Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 itu melibatkan  fasal (2) Perkara 1 dan fasal (2) Perkara 160 untuk menjelaskan lagi kedudukan negeri-negeri di Malaysia selaras dengan perkara-perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perjanjian Malaysia 1963.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pindaan itu turut melibatkan fasal (6) dan fasal (7) Perkara 161A Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa ras yang dikira ras asli bagi Sarawak diperuntukkan dalam undang-undang negeri itu.

Wan Junaidi berkata penguatkuasaan pindaan ini akan memberi pulangan kepada Sarawak untuk menuntut hak-hak tertentu yang disenaraikan di bawah Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan 1962.

Advertisement
Ditanya sama ada pindaan itu mengubah status Sarawak dari sebuah negeri kepada wilayah di bawah perlembagaan itu, beliau berkata perkara berkenaan akan hanya diputuskan oleh Dewan Undangan Negeri itu.

 “Saya serahkan kepada negeri untuk memutuskan bagaimana mereka mahu (menamakan status itu) untuk memberi semangat mengikut pindaan ini supaya dapat membezakan (status) Sarawak dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Advertisement
Menurutnya rundingan untuk melakukan beberapa lagi pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ini akan diteruskan lagi dengan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat. Antaranya termasuk pengagihan lebih saksama jumlah kawasan Parlimen antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia, selain penyenaraian agensi-agensi teknikal kerajaan negeri dalam senarai agensi peringkat Kerajaan Persekutuan bagi melicinkan lagi pelaksanaan pembangunan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here