Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Ular naik pesawat AirAsia ke Tawau
Published on: Saturday, February 12, 2022
Published on: Sat, Feb 12, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Ular naik pesawat AirAsia ke Tawau
TANGKAP layar video yang tular mengenai kejadian itu.
PUTRAJAYA: Satu penerbangan AirAsia ke Tawau dari Kuala Lumpur semalam (Khamis) dilencongkan ke Kuching selepas seekor ular ditemukan dalam pesawat terbabit.

Berdasarkan video yang tular, reptilia itu dilihat bergerak di sebalik panel lampu pesawat.

Advertisement
Ketua pegawai keselamatan AirAsia Kapten Liong Tien Ling yang mengesahkan insiden berkenaan menerusi satu kenyataan pada Jumaat, menyifatkan kejadian itu sebagai sangat jarang berlaku, namun boleh terjadi kepada mana-mana pesawat.

“Sebaik sahaja kapten penerbangan menyedari perkara itu, beliau telah mengambil keputusan untuk melencongkan penerbangan ke Kuching sebagai langkah berjaga-jaga bagi menjalankan sanitasi ke atas pesawat berkenaan,” katanya dan menambah bahawa kapten itu telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Keselamatan dan keselesaan penumpang dan kru sentiasa menjadi keutamaan kami. Keselamatan penumpang dan kru tidak akan sama sekali dibiarkan dalam keadaan berisiko,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here