Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bentuk jawatankuasa bipartisan tangani isu PTI di Sabah: PBS
Published on: Saturday, February 12, 2022
Published on: Sat, Feb 12, 2022
Text Size:
Text:
Bentuk jawatankuasa bipartisan tangani isu PTI di Sabah: PBS
Sumber: Firdaus Latif.
Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengulangi pendirian bahawa semua pendatang tanpa izin (PTI) di negeri ini harus dihantar pulang dan menggesa pembentukan jawatankuasa bipartisan di Dewan Undangan Negeri bagi mencari penyelesaian berkesan bagi masalah itu.

Setiausaha Agung PBS, Datuk Joniston Bangkuai, berkata input daripada semua pihak berkepentingan adalah penting bagi memastikan tindakan yang diambil bagi menangani masalah itu mendapat sokongan penuh dan tidak akan dipersoalkan atau dipolitikkan.

Advertisement
“Membandingkan cadangan awal untuk mengeluarkan Kad Pekerja Warga Asing oleh kerajaan sedia ada dengan Pas Sementara Sabah yang diperkenalkan oleh kerajaan Warisan sebelum ini hanya akan merumitkan usaha menyelesaikan masalah PTI di negeri ini,” katanya.

Beliau mengulas reaksi pelbagai pihak berikutan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Khamis lalu bahawa kad khas akan dikeluarkan kepada warga asing tanpa izin yang sudah lama menetap di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hamzah berkata bahawa kad tersebut hanya untuk merekodkan kehadiran PTI dan bukan pemberian status kewarganegaraan Malaysia atau pemastautin tetap.

Baru-baru ini, Joniston menyuarakan cadangan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk penubuhan jawatankuasa bipartisan kerana Sabah mempunyai kuasa penuh ke atas imigresen memandangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)kini adalah sebahagian daripada Perlembagaan berikutan pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini.

Advertisement
Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, Joniston percaya pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan telus dan sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat serta negeri sebelum membuat sebarang keputusan untuk menangani isu PTI.

“Kita harus mengelak dari membuat andaian atau bertindak tergesa-gesa dan tunggu kerajaan negeri memberikan perincian lanjut mengenai perbincangan awal dengan Putrajaya.

Advertisement
“Sebagai ‘Orang Asal Sabah’, saya percaya Ketua Menteri kita dan kepimpinan negeri tidak akan bersetuju dengan keputusan atau tindakan yang akan memudaratkan kepentingan rakyat Sabah tulen,” katanya.

Beliau turut menegaskan parti PBS tidak akan sekali-kali mengubah pendirian jelas yang telah lama dipegangnya mengenai isu pendatang tanpa izin.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here