Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Dakwaan remaja meninggal dunia akibat dos penggalak tidak benar
Published on: Tuesday, February 15, 2022
Published on: Tue, Feb 15, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Dakwaan remaja meninggal dunia akibat dos penggalak tidak benar
Kota Kinabalu: Mesej tular menerusi aplikasi WhatsApp kononnya seorang remaja telah meninggal dunia akibat dos penggalak vaksin Covid-19 di negeri ini adalah tidak benar, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin (gambar).

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah membuat siasatan segera berhubung perkara berkenaan dan mendapati mesej yang tular itu adalah palsu.

Advertisement
Menurutnya, ibu pesakit dan pihak Hospital Tuaran juga mengesahkan bahawa pesakit tidak pernah mengambil dos penggalak.

“Pesakit telah meninggal dunia pada 12 Feb. Punca sebenar kematian adalah disebabkan jangkitan paru-paru dan penyakit jantung sejak lahir (congenital heart disease) yang semakin tenat dan bukannya disebabkan dos penggalak vaksin Covid-19 seperti didakwa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Keadaan pesakit telah diterangkan kepada ahli keluarga pesakit dan mereka menerima penerangan mengenai punca kematian dengan baik,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dr Rose Nani berkata siasatan JKNS juga mendapati pesakit telah menerima dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 masing-masing pada 31 Julai dan 21 Ogos tahun lepas.

Advertisement
Sehubungan itu, Dr Rose Nani berkata satu laporan polis telah dibuat oleh ibu pesakit pada Ahad (13 Feb) menafikan kematian anaknya disebabkan oleh dos penggalak vaksin Covid-19 sekali gus menafikan ahli keluarga turut terlibat dalam menyebarkan berita palsu tersebut.

“Hospital Tuaran juga telah membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut mengenai penularan berita palsu dan gambar pesakit di aplikasi WhatsApp oleh individu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Dr Rose Nani menggesa semua rakyat Sabah supaya tidak menyebarkan berita palsu dalam mana-mana media sosial atau aplikasi lain kerana ia bukan sahaja boleh mengelirukan orang ramai bahkan mengancam privasi pesakit dan ahli keluarga.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here