Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Daftar anak untuk PICKids
Published on: Wednesday, February 16, 2022
Published on: Wed, Feb 16, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Daftar anak untuk PICKids
Hajiji memerhatikan anaknya, Danish, 7, menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada majlis pelancaran itu.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah menasihatkan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negeri itu supaya mendaftarkan anak-anak mereka untuk mendapatkan vaksinasi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata seramai 32,186 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun di Sabah telah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19 menerusi program itu, setakat 13 Februari.

Advertisement
“Jumlah itu masih rendah kerana ia mewakili kurang 10 peratus daripada 411,400 kanak-kanak yang layak dalam kumpulan sasar di negeri ini,” katanya pada majlis pelancaran PICKids peringkat negeri di Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah (HWKKS) di sini pada Selasa.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun dan Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Setakat ini, seramai 9,686 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Sabah telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 sejak PICKids dimulakan pada 3 Februari lepas di lima hospital iaitu HWKKS, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Keningau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau.

Program itu telah diperluaskan ke seluruh Sabah dengan penubuhan 145 Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) melibatkan 109 Klinik Kesihatan; 22 hospital; 18 klinik swasta dan empat PPV awam, yang dipantau oleh pakar dan pegawai perubatan.

Advertisement
Isnin lepas daripada 4,035 kes positif baharu Covid-19 yang direkodkan di Sabah, 272 adalah terdiri daripada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun yang sepatutnya sudah layak menerima vaksin.

Hajiji berkata program vaksinasi untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun akan diteruskan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melindungi golongan itu daripada risiko jangkitan Covid-19.

Advertisement
Menurutnya, Kementerian Kesihatan menggunakan vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion daripada vaksin PfizerBioNTech yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Ia telah diluluskan untuk penggunaan selamat dan mempunyai keberkesanan untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan Covid-19 yang teruk,” katanya, sambil menambah, program vaksinasi kanak-kanak memerlukan dua dos vaksin untuk diberikan selepas lapan minggu.

Beliau berkata program vaksinasi kanak-kanak adalah percuma untuk mereka yang tinggal di Sabah tanpa mengira status kewarganegaraan, selain ia secara sukarela dan ibu bapa atau penjaga perlu menandatangani surat kebenaran bertulis sebelum anak mereka layak menerima vaksin Covid-19.

Sistem tempahan janji temu diwujudkan dalam aplikasi MySejahtera memberi kebebasan kepada ibu bapa dan penjaga untuk memilih tarikh, masa, dan lokasi PPV sesuai untuk mendapatkan vaksinasi, dan pada masa sama, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak secara jumpa terus di PPV berhampiran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here