Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Peniaga Kunak diberi kebenaran bina premis konkrit
Published on: Wednesday, February 16, 2022
Published on: Wed, Feb 16, 2022
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Peniaga Kunak diberi kebenaran bina premis konkrit
PREMIS konkrit ini akan digunakan buat sementara oleh beberapa peniaga susulan perobohan Kedai Papan Sementara.
KUNAK: Beberapa peniaga di Kedai Papan Sementara di sini diberi kebenaran sementara untuk membina premis konkrit di satu kawasan yang belum dimajukan bersebelahan Pasar Am Kunak, di sini.Ia susulan notis perobohan rumah kedai itu pada Selasa (15 Februari).

Advertisement
Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kunak (MDKNK), Mohd Nazri Pintal berkata, selepas berbincang dengan beberapa agensi, kawasan tanah yang dimaksudkan itu difahamkan berada di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetapi masih belum dimajukan dengan sebarang infrastruktur.

“Pihak Majlis Daerah setakat ini tidak mengeluarkan kelulusan bertulis (untuk pembinaan bangunan konkrit di tanah itu) kerana isu tanah di situ kurang jelas,” katanya, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tetapi setelah berbincang dengan beberapa agensi, kami memutuskan untuk memberi kelonggaran untuk peniaga membina premis konkrit di kawasan itu.

“Difahamkan terdapat enam lot kedai sedang dibina di kawasan tapak itu dengan kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh peniaga terlibat.

Advertisement
“Peniaga boleh menggunakan premis konkrit itu selagi kawasan itu belum diambil alih oleh pemiliknya untuk tujuan lain.”

Nazri berkata, Majlis memahami situasi sukar yang dihadapi beberapa peniaga yang belum memperoleh tempat lain untuk menjalankan operasi mereka, termasuk mendengar beberapa cadangan daripada pemimpin setempat dan juga peniaga sendiri.

Advertisement
Bangunan Kedai Papan Sementara yang berusia beberapa dekad itu akan dirobohkan bagi memberi laluan pembinaan bangunan baharu di kawasan milik perkadaran Majlis Daerah Kunak, di sini.

“Secara keseluruhannya, terdapat 29 lot di bangunan Kedai Papan Sementara itu yang terdiri daripada pelbagai perniagaan termasuk bengkel, kedai runcit, salun, kedai pakaian, kedai aksesori kenderaan, restoran dan warung, serta kedai perabot,” katanya.

Sebelum ini, pihak MDKNK telah mengeluarkan notis awal selama tiga bulan sehingga 2 Februari lalu, dan rayuan peniaga telah dilanjutkan sehingga selepas cuti Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here