Kota Kinabalu: Seorang penganggur lelaki berumur 32 tahun didakwa atas tuduhan memecah masuk sebuah rumah dan mencuri beberapa barang.
Zakri Jemail hadir di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, melalui Zoom pada Selasa.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Zakri selepas tuduhan dibacakan kepadanya.
Dia dituduh memecah masuk ke dalam sebuah rumah di Taman Milek Fasa 1, Jalan Lintas di sini, pada pukul 1.34 pagi 14 Oktober 2021.
Zakri juga didakwa mencuri tiga gulung kabel elektrik dan satu alat vakum dari rumah tersebut.
Kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda.
Jika kesalahan termasuk mencuri, hukuman penjara boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun dan kesalahan berulang juga membawa denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 1 Mac untuk sebutan kes bagi merekodkanj pengakuan Zakri dan memerintah supaya tertuduh direman lanjut sementara menunggu tarikh itu.
Inspektor Kelvan Eldon Maik hadir untuk pendakwaan sementara Zakri tidak diwakili.