Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Tuntutan lima dekad Sabah dibayar tidak lama lagi
Published on: Thursday, February 17, 2022
Published on: Thu, Feb 17, 2022
Text Size:
Text:
Tuntutan lima dekad Sabah dibayar tidak lama lagi
FotoBERNAMA.
Kuala Lumpur: Tawaran yang lebih baik untuk Sabah dan Sarawak sedang dibincang dengan kerajaan melalui Jawatankuasa Perundingan Bersama (JCC) mengenai Geran Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar) berkata perjuangan lima dekad menuntut semakan kewangan dan geran tahunan untuk negeri Sabah akhirnya tercapai, hasil perbincangan “ramah dan wajar” antara negeri itu dan Kementerian Kewangan Persekutuan, baru-baru ini.

Advertisement
“Kedua-dua kementerian kewangan Persekutuan dan Negeri telah memberi taklimat kepada Kabinet masing-masing hari ini mengenai hasil perundingan yang dicapai semasa mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Bersama mengenai semakan kewangan dan geran tahunan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan antara kementerian kewangan Persekutuan dan Negeri, dan difahamkan kedua-dua pihak telah menyokong kesemua resolusi,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Dalam ucapan tahniah kepada kedua-dua pihak atas perbincangan secara mesra dan waras, walaupun kadang-kala wujud perselisihan terhadap tuntutan undang-undang dan hak perlembagaan masing-masing, Ongkili berkata beliau amat berbangga dengan Kerajaan Sabah atas kesungguhan dan kerja keras dalam memperjuangkan hak negeri dan rakyat, walaupun menunggu selama lima dekad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sabah akan menerima peningkatan hampir lima kali ganda dalam geran tahunan, iaitu lebih dua kali ganda jumlah yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan kepada kerajaan pimpinan Parti Warisan.

 “Ini membuktikan keupayaan dan kapasiti Kerajaan Negeri GRS (Gabungan Rakyat Sabah) untuk mempertahankan hak Sabah dan memelihara hubungan baik persekutuan-negeri bagi memastikan kemakmuran bersama untuk rakyat Sabah,” kata Ongkili, yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu.

Advertisement
Ongkili yang turut hadir di mesyuarat pada Isnin lalu di Kota Kinabalu bagi pihak Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) mendedahkan formula geran baharu itu akan ditandatangani dan dirasmikan bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada mesyuarat MKMA63 seterusnya, yang dijadualkan awal bulan depan.

Mesyuarat JCC dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di pihak Kerajaan Persekutuan, manakala Menteri Kewangan II Sabah Datuk Seri Masidi Manjun mengetuai pasukan Sabah, terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Peguam Negara Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof , penasihat undang-undang dan pegawai kanan kewangan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here