Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Kuasa autonomi lebih penting dari tukar nama: SAPP
Published on: Thursday, February 17, 2022
Published on: Thu, Feb 17, 2022
Text Size:
Text:
Kuasa autonomi lebih penting dari tukar nama: SAPP
Kota Kinabalu: Tidak ada keperluan segera bagi Sabah untuk mencontohi Sarawak dan menukar gelaran ketua kerajaan negeri daripada “Ketua Menteri” kepada “Premier”, kata Parti Maju Sabah (SAPP).

Presidennya, Datuk Seri Yong Teck Lee, berkata terdapat lebih banyak isu penting untuk diteruskan seperti mendapatkan semula hak Sabah yang hilang di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Advertisement
“Mendapatkan kuasa autonomi adalah lebih penting daripada pertukaran nama,” katanya ketika ditanya mengenai Sarawak meminda Perlembagaan negeri untuk menamakan semula jawatan itu.

“Kita (Sabah) harus meneruskan peralihan kuasa untuk item di bawah persekutuan, Senarai Bersama ke Senarai Negeri,” kata Yong, yang partinya adalah sebahagian daripada kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun, katanya, perubahan perlembagaan pertama Sabah sepatutnya adalah mengembalikan semula nama Yang di-Pertua Negeri kepada Yang di-Pertua Negara, yang ditukar pada 1976.

Yong, bekas Ketua Menteri Sabah, berkata kembali kepada gelaran asal ketua egara akan mencerminkan Sabah sebagai sebuah negara yang menyertai persekutuan Malaysia.

Advertisement
Mengenai langkah Sarawak menggunakan istilah “Premier”, beliau berkata perkara penggunaannya perlu dijelaskan.

“Satu persoalan segera ialah apakah istilah Bahasa Malaysia untuk ‘premier’?

Advertisement
“Premier adalah ketua kerajaan dalam negara yang tidak mempunyai raja. Saya rasa Sabah dan Sarawak juga boleh layak.

“Tetapi “perdana menteri” adalah gelaran ketua kerajaan yang mempunyai raja. Perkara ini perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum gelaran ‘premier’ digunakan,” katanya.

Yong berkata persoalan itu tidak akan timbul bagi Melaka dan Pulau Pinang kerana mereka, seperti negeri yang mempunyai menteri besar, tidak mempunyai kabinet tetapi hanya Exco.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here