Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
GRS boleh mula langkah warta 31 Ogos Kemerdekaan Sabah: Star
Published on: Thursday, February 17, 2022
Published on: Thu, Feb 17, 2022
Text Size:
Text:
GRS boleh mula langkah warta 31 Ogos Kemerdekaan Sabah: Star
Kota Kinabalu: Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah yakin Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tiada masalah meminda Perlembagaan Negeri bagi menyesuaikan status baharu Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas pindaan perlembagaan Selasa lepas, Ketua Penerangan Star Jalumin Bayogoh (gambar) berkata pihaknya menyokong penuh langkah-langkah yang akan diambil GRS.

Advertisement
“Kita percaya DUN (Dewan Undangan Negeri) Sabah akan mengusulkan pindaan perlembagaan sesuai dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang telah diluluskan Parlimen,” kata Jalumin.

Jalumin menegaskan, pemulihan status yang diluluskan DUN Sarawak merupakan lanjutan dari momentum perisytiharan tarikh 22 Julai sebagai Hari Kemerdekaan bermula 2016 bagi menggantikan 31 Ogos.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Jalumin, perisytiharan tarikh baharu kemerdekaan Sarawak di Kuching didorong melalui gerakan United Borneo Front (UBF) pimpinan Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan dan kita yakin Sabah boleh merealisasikannya tahun ini.

Jalumin menambah, Dr Jeffrey selaku Presiden Star telah mencadangkan agar Sabah mewartakan 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan sesuai dengan usul yang telah diluluskan oleh DUN Sabah pada tahun 1963.

Advertisement
Jelasnya, pewartaan tarikh kemerdekaan Sabah tidak memberi kesan penambahan cuti umum kerana tarikh berkenaan sudah diwartakan sebagai cuti umum kemerdekaan Tanah Melayu.

Jalumin melihat, pewartaan tarikh kemerdekaan Sabah adalah berseuaian dengan status baharu Sabah dan Sarawak dalam senarai tersendiri di bawah Borneo, sekali gus meletakkan negeri-negeri di bawah Semenanjung Malaysia dalam senarai berasingan.

Advertisement
Jalumin yang juga Timbalan Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) menjelaskan, berdasarkan senarai tersebut, Borneo adalah setara dengan Semenanjung Malaysia dan status Sabah dan Sarawak berbeza dengan taraf negeri-negeri di Semenanjung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here