Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Warisan tanding DUN Permas
Published on: Friday, February 18, 2022
Published on: Fri, Feb 18, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Warisan tanding DUN Permas
JOHOR BAHRU: Parti Warisan pada Khamis mengesahkan bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) bagaimanapun belum mengumumkan nama calon yang bakal bertanding di kerusi berkenaan. 
Advertisement
“Ya, ini adalah kawasan yang akan (ditandingi), sebab tu saya datang,” katanya kepada pemberita selepas melawat sekitar kawasan Pasar Muafakat Sabah di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita sama ada DUN Permas antara kawasan yang bakal ditandingi parti itu di PRN berkenaan.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya beliau turun ke kawasan itu untuk berjumpa dengan Ketua Koordinator Warisan Johor bagi berbincang persediaannya berdepan dengan PRN Johor. Sementara itu Mohd Shafie berkata beliau akan mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding pada PRN itu dalam masa terdekat dengan sebahagian besarnya calon muka baharu tempatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here