Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
APMM tahan dua bot pukat tunda
Published on: Saturday, February 19, 2022
Published on: Sat, Feb 19, 2022
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
APMM tahan dua bot pukat tunda
SALAH sebuah bot pukat tunda tersebut.
Kota Kinabalu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan dua bot pukat tunda di perairan Tuaran dan Kota Belud awal pagi Jumaat kerana melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda kurang tiga batu nautika dari pantai.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Datuk Mohd Rosli Abdullah dalam satu kenyataan, berkata radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Sabah mengesan dua aktiviti mencurigakan di Tanjung Tembungo, Tuaran dan Teluk Ambong, Kota Belud.

Advertisement
Beliau berkata maklumat itu disampaikan kepada pasukan yang menjalankan operasi rutin di perairan Kota Kinabalu untuk mengesan dan mengesahkan lokasi tersebut.

“Apabila pasukan peronda tiba di perairan Tanjung Tembungo pada jam 3.30 pagi, mereka mendapati sebuah bot pukat tunda sedang melakukan aktiviti pukat tunda kurang daripada tiga batu nautika  dari pantai dan nama anak kapal tidak sepadan dengan lesen bot berkenaan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bot dan anak kapal disyaki melanggar Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rosli berkata bot peronda APMM memintas sebuah lagi bot pukat tunda di perairan Teluk Ambong kira-kira jam 4:50 pagi pada hari yang sama.

Advertisement
“Bot pukat tunda itu didapati menangkap ikan dengan pukat tunda berhampiran pantai.

“Bot itu diperiksa dan didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana empat anak kapal itu tidak memiliki permit kerja yang sah.

Advertisement
“Dua kapal tunda itu dibawa ke Jeti Maritim Negeri Sabah di Sepanggar untuk siasatan lanjut,” katanya.

Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim untuk menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah di perairan Kota Kinabalu kepada Pusat Gerakan Maritim Negeri Sabah pada talian 088-387774.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here