Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
63.13 peratus kes baharu berpunca jangkitan sporadik
Published on: Monday, February 21, 2022
Published on: Mon, Feb 21, 2022
Text Size:
Text:
63.13 peratus kes baharu berpunca jangkitan sporadik
Kota Kinabalu: Sabah merekodkan kes harian Covid-19 sebanyak 5,007 kes pada Ahad, penyusutan 352 kes berbanding hari sebelumnya.Jurucakap  Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, bagaimanapun berkata jumlah  itu masih amat tinggi.

Advertisement
Dalam laporan hariannya malam tadi, Masidi berkata peratusan tinggi jangkitan sporadik dalam komuniti adalah satu petunjuk bahawa jumlah kes harian di Sabah akan kekal tinggi dalam masa terdekat.
“Hari ini 63.13 peratus kes baharu berpunca dari jangkitan sporadik,” katanya sebelum menambah, 21 dari 27 daerah di Sabah merekodkan kes bergejala (jangkitan sporadik) sebagai kategori jangkitan yang tertinggi.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Peratusan kes bergejala di seluruh Sabah ialah 63.13 peratus atau 3,161 dari 5,007 kes, katanya.

Jumlah kluster aktif di Sabah ketika ini ialah 41 dengan penamatan dua kluster iaitu Kluster Kayul di Kuala Penyu dan Kluster Pandan-Pandan di Putatan.

Advertisement
Satu kluster baharu diisytiharkan pada Ahad iaitu Kluster Jalan Beluran Lama di Beluran. Ia melibatkan pelajar Asrama SMK Beluran yang setakat Ahad, merekodkan 35 kes positif.

Sabah turut merekodkan empat kes kematian pada Ahad iaitu masing-masing satu kes di Ranau, Lahad Datu, Keningau dan Beaufort.
Advertisement
Bilangan pesakit sembuh pada Ahad ialah 4,107 orang manakala 2,919 pesakit sedang menerima rawatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here