Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
1,690 kanak-kanak di Sandakan sudah divaksin
Published on: Monday, February 21, 2022
Published on: Mon, Feb 21, 2022
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
1,690 kanak-kanak di Sandakan sudah divaksin
SANDAKAN: Kira-kira 1,690 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di sini sudah menerima vaksinasi menerusi Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) sejak ia dilaksanakan dua minggu lalu.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar (gambar) berkata jumlah terbabit bersamaan 3.61 peratus daripada 46,800 kanak-kanak dalam kumpulan umur itu di daerah ini.

Advertisement
Katanya, orang dewasa yang menerima dos penggalak berjumlah 51,116 iaitu bersamaan 14 peratus daripada jumlah keseluruhan 363,100.

“Kami menyasarkan untuk mencapai 100 peratus bagi PICKids dan dos penggalak walaupun ia tidak wajib,” katanya pada perasmian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Land Showroom IJM di Batu 6, di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir Penolong Pengurus Besar Pembangunan Hartanah, IJM Properties Sdn Bhd, Steven Goh.

PPV itu juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat IJM bagi membantu Kementerian Kesihatan iaitu Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan untuk menyediakan suntikan vaksin kepada orang ramai di Sandakan.

Advertisement
Tahun lalu, IJM turut membantu dalam pelaksanaan vaksinasi dalam usaha bersama untuk mencapai imuniti berkelompok.

Johari berkata sejak PPV ditutup tahun lepas, terdapat keperluan untuk membuka semula PPV awam supaya ada pilihan alternatif untuk orang ramai datang, selain Klinik Kesihatan dan Klinik Komuniti, serta unit vaksinasi bergerak.

Advertisement
Di PPV Showroom IJM Land, sebanyak 600 dos disediakan setiap hari iaitu Pfizer untuk PICKids dan Sinovac untuk dos penggalak,

Johari berkata pembukaan PPV IJM mendapat sambutan baik, dan menambah dua PPV sekolah rendah – di SK Merpati dan SJKC Syn Hua – turut dibuka pada Sabtu.

Sementara itu, lebih 30 PPV di sekolah rendah lain di daerah ini akan dibuka pada hujung minggu mengikut jadual.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here